Sudah jarang membabitkan diri dalam politik, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali KJ melakukan banyak kerja yang mencuri perhatian rakyat.
Selepas tewas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu, beliau menerima tugas sebagai penyampai radio kepada Hot FM yang bermula pada Februari tahun ini dan disambung sehingga Disember ini.
Terbaharu, KJ menjayakan sebuah video lakonan bagi mempromosikan satu jenama produk daging perap terkenal di media sosial.
Menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya, video itu menunjukkan beliau yang berada di kawasan kampung sedang menerima tawaran pekerjaan melalui panggilan telefon.
KJ ‘jual’ daging perap
“Memandangkan sekarang ni saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran tu,” katanya.
Figura 47 tahun itu kelihatan sangat teruja sekali gus sempat mengucapkan syukur sebelum bersedia untuk keluar dan menjalankan tugasnya.
Dalam video tersebut, bekas Ketua pemuda UMNO itu yang memakai pakaian berwarna merah berlogokan produk daging perap tersebut dilihat bersedia menjadi penghantar makanan atau ‘rider’.
Dengan hanya menaiki motosikal, KJ menghantar daging perap kepada pembelinya disamping melaungkan ‘daging perap’ sepanjang perjalanan selain melambai orang kampung.
Artikel lain: KJ Tetap Nak Jadi Perdana Menteri, Tiada Parti Bukan Pematah Impian
Selepas berurusan dengan pelanggan, beliau singgah pula duduk bersama orang kampung dan memasak daging perap tersebut untuk dimakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat ‘pekerjaan baharu’ beliau selain memujinya kerana mempunyai pelbagai bakat.
Macam-macam bakat!
Kena ‘format’ KJ ni….
Terdapat juga komen berseloroh yang mengatakan KJ ‘sapu’ semua pekerjaan bermula huruf ‘P’ bermula daripada pemimpin parti, pembangkang, pengerusi dan banyak lagi.
Semua ‘P’ dia ‘sapu’
KJ ‘Jual’ daging perap, semua ‘job’ dia ambil…
Malah tidak dapat disangkal, sememangnya KJ mempunyai pelbagai bakat tidak kira dalam kepimpinan politik mahupun bidang lakonan.
Menang di hati rakyat
Sebagai info, KJ pernah memikul beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Penyelaras imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari 2021 hingga Ogos 2021.
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.
Beliau merupakan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO dari Mac 2009 sehingga Jun 2018 sebelum dipecat dari parti itu pada 23 Januari 2023.
Sumber: Instagram Khairy Jamaluddin