Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Selepas Keluar Kerajaan Perpaduan, Syed Saddiq Dakwa Peruntukan Ditarik Balik

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa peruntukan yang diterimanya sebelum ini telah ditarik balik selepas keluar dari kerajaan perpaduan.

Menurut laporan Astro Awani, Syed Saddiq mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan sendiri oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.

Difahamkan, pendedahan tersebut dilakukan sebagai respon terhadap Tan Kar Hing (PH – Gopeng) yang mencelah semasa penggulungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam celahan tersebut, beliau meluahkan rasa bimbang mengenai sentimen tiada peruntukan walhal Kementerian Pendidikan sentiasa menyalurkan sumbangan kepada sekolah tanpa mengira sentimen politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Syed Saddiq telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) sebaik sahaja namanya disebut oleh Tan Kar Hing.

“Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), sebaik saja saya berada di blok ini peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.
“Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin sehingga ke hari ini tidak dapat peruntukan. Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.
“Jangan nak tuduh. Persoalan, kenapa Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang dapat RM0. Jawab kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Astro Awani (Ridauddin Daud)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd