Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Selepas Empat Tahun, Gardenia KL Lancar Semula Program Lawatan Kilang Gardenia

Gardenia Bakeries KL (Gardenia KL) lancar semula Program Lawatan Kilang Gardenia di Shah Alam selepas dihentikan selama empat tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri hadir bagi merasmikan majlis tersebut di Shah Alam, Selangor hari ini.

Foto: BERNAMA

“Saya dimaklumkan pembuatan dan Program Jelajah Kilang Gardenia KL di fasiliti ini telah ditangguhkan selama empat tahun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 serta banjir pada Disember 2021.
“Hari ini, Gardenia KL telah berjaya bangkit dan memulihkan keadaan kilang ini seperti yang dulu, malah terdapat penambahbaikan dan ciri baru. Tahniah Gardenia KL,” katanya.

Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, sebagai jenama terkenal, Gardenia KL mengembangkan lagi peranannya dalam mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu masyarakat.

Ia merupakan teras kepada falsafah #GardeniaCares yang merangkumi program Kesejahteraan Bermula di Rumah, jangkauan komuniti, latihan dan pendidikan serta inisiatif pengurangan kesan iklim.

Artikel lain: KPN Rangka 7 Agenda, Perkenal 2 Agensi Baharu Untuk Capai Dasar Perpaduan Negara

Nancy berkata, kementerian berbangga menjadi barisan hadapan memacu usaha dalam mencapai kesaksamaan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat dalam mencapai negara maju yang penyayang dan makmur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gardenia KL lancar semula Program Lawatan Kilang Gardenia

Foto: BERNAMA

“Kami amat terharu dengan usaha bersepadu industri swasta, seperti Gardenia KL yang sentiasa memacu inisiatif bagi menyokong pembangunan komuniti,” ujarnya.

Tambah beliau, KPWKM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada organisasi swasta dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Ini selaras dengan salah satu objektif kami iaitu meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi mewujudkan sistem sokongan yang berkesan dan komprehensif,” katanya.

Foto: BERNAMA

Sementara itu, inisiatif #GardeniaCare memainkan peranan penting dalam menyokong misi KPWKM untuk mengintegrasikan perspektif masyarakat ke dalam arus perdana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada majlis itu juga, Gardenia KL turut menyediakan pameran ringkasan inisiatif #GardeniaCare semasa lawatan Nancy ke kilang berkenaan.

Untuk makluman, kilang Gardenia KL kini sudah dibuka kepada orang ramai. Mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk melakukan lawatan boleh mendaftar di www.gardenia.com.my.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd