Tindakan penyanyi Selena Gomez mempertahankan rumah tangganya mencuri tumpuan apabila dia secara spontan mencium kaki suaminya, Benny Blanco, ketika rakaman sebuah podcast baru-baru ini.
Aksi itu dipercayai sebagai respons terhadap kecaman netizen susulan tular video episod terdahulu yang memaparkan kaki suami penyanyi itu kelihatan kotor.
Selena Gomez Cium Kaki Suami
Dalam rakaman berkenaan, Selena, 33, tiba-tiba muncul sebelum mencium jari kaki Benny, sekali gus membuatkan suaminya terdiam seketika.
“Saya suka (dia cium kaki saya). Ia buat saya rasa gembira. Saya sayang awak sangat,” seloroh Benny sebagai respons terhadap tindakan spontan isterinya.
Selena kemudian sekali lagi menunjukkan kemesraan dengan meletakkan pipi pada kaki suaminya itu.
Penyanyi itu menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang sangat sihat dan antara perkara terhebat yang berlaku dalam hidupnya.
Benny pula mengakui dia cuba mengawal diri daripada terlalu menunjukkan kemesraan secara terbuka kerana mahu Selena terus menyerlah sebagai individu berdikari.
Artikel lain: Setahun Bercinta, Selena Gomez Dan Teman Lelaki Sudah Bertunang
Sebelum ini, Benny menjadi bahan kecaman netizen apabila kakinya yang kelihatan kotor dalam episod pertama podcast tular di media sosial.
Malah, Selena turut terkena tempias apabila segelintir peminat mendesaknya supaya berpisah selepas mengetahui ‘perangai sebenar’ suaminya.
Sumber: X SheRecvdUrMsg23









































