Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selangor Negeri Sunni, Pegangan Akidah ASWJ – Khutbah

Selangor negeri Sunni

Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyentuh berkenaan Selangor sebagai sebuah negeri berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Selangor negeri Sunni

Selangor negeri Sunni

Foto: Jais

Memetik laporan malaysiakini, teks khutbah MAIS menerangkan bahawa akidah ASWJ merupakan pegangan majoriti umat Islam di dunia, terutamanya di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Bahkan, ia telah ditetapkan sebagai pegangan rasmi umat Islam di negara ini berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, pandangan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh negeri,” kata MAIS, hari ini.

Memetik muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 5 Mei 1996, mimbar juga menegaskan dari segi akidah, syariah dan akhlak, umat Islam di Malaysia diwajibkan mengikut ajaran berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor juga telah mewartakan fatwa berkaitan ASWJ pada 17 Jun 2025 dengan menyatakan bahawa ASWJ dari sudut akidah dan tauhid, mengikut manhaj Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari, Imam Abu Mansur al-Maturidi, ulama al-Asha’irah dan al-Maturidiah.

Dari sudut syariah dan fikah pula, hukum ditentukan mengikut pegangan mazhab Imam al-Shafi‘i, manakala pandangan Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali, atau ijtihad boleh dirujuk dalam keadaan tertentu mengikut hukum yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Manakala dari sudut akhlak dan tasawuf, aliran ini mengikut manhaj Imam Junaid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali atau ulama sufi yang muktabar,” jelasnya.

Terdahulu, sedikit kekeliruan mengenai takrifan ASWJ di Malaysia antaranya pada 11 Julai tahun lalu iaitu Raja Perlis bertitah bahawa rang undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan akan menyebabkan negara-negara Islam lain senang dianggap terkeluar dari kalangan ASWJ.

Selangor negeri Sunni

Foto: Merdeka Centre

Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail menyifatkan perkara itu mampu membawa kepada “takrifan sempit” dan tidak bersifat inklusif.

Baginda turut mengambil contoh negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Qatar yang dilihat boleh terkeluar daripada Ahli Sunnah jika takrifan sama diguna pakai.

“Utamakan sikap berhati-hati, berfikiran panjang serta penuh hikmah dan santun dalam setiap tindakan.
“Biarlah sesuatu keputusan yang diambil hari ini tidak menimbulkan pertikaian berpanjangan,” titah baginda.

Sehubungan itu, khutbah Selangor turut menyentuh tafsiran yang jelas mengenai ASWJ bagi memastikan ia diguna pakai oleh kelompok yang betul.

Ajaran seperti Syiah, al-Arqam, Hizbut Tahrir boleh dijadikan sebagai contoh ajaran yang jelas menyimpang dan terkeluar daripada pegangan ASWJ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, umat Islam turut diingatkan bahawa ASWJ bukanlah kelompok yang ekstrem serta ulama ASWJ cukup berhati-hati dalam isu takfiri.

“Sekiranya istilah ASWJ tidak ditakrifkan secara jelas dan menyeluruh, dibimbangi istilah ini akan disalah guna oleh golongan yang membawa ajaran menyimpang seperti Syiah, Arqam, Hizbut Tahrir, liberalisme, pluralisme agama dan seumpamanya.
“Mereka mungkin mendakwa termasuk dalam kelompok ASWJ sedangkan hakikatnya mereka menolak prinsip-prinsip utama yang dipersetujui oleh jumhur ulama ASWJ sepanjang zaman,” tegasnya.

Artikel lain: Selangor Fatwakan GISBH Menyeleweng Daripada Ajaran Islam Sebenar

Difahamkan, tafsiran ini sebenarnya tidaklah mengeluarkan mana-mana kumpulan atau aliran lain yang sama manhaj dan kefahaman dengan al-Asha’irah dan al-Maturidiah daripada ASWJ dan selagi mana sesuatu aliran itu mengikuti manhaj yang sama walaupun berlainan nama serta nisbah, selagi itu aliran tersebut adalah ASWJ.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd