Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Safawi Rasid Tinggalkan TFC, Azam Azmi Kekal Perkuat Skuad Penyu

Penyokong Terengganu FC (TFC) perlu menerima kenyataan bahawa penyerang prolifik, Safawi Rasid, tidak lagi akan menyarung jersi skuad Penyu bagi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Menurut laporan Berita Harian, pemain kelahiran Dungun itu merupakan antara sembilan tonggak yang tidak lagi bersama pasukan, termasuk lima pemain import yang turut dilepaskan menjelang musim baharu.

tfc

Foto: BH

Menurut Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain, selain Safawi, pemain lain yang tidak disambung kontrak termasuk Mohd Nor Hakim Hassan, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul serta empat pemain import iaitu Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Nelson Bonilla dan Argzim Redzovic.

Artikel lain: Kontrak Tidak Disambung, Hector Bidoglio Tinggalkan Kelab Bola Sepak JDT

Namun begitu, penyokong skuad hitam putih boleh menarik nafas lega apabila pertahanan kebangsaan, Azam Azmi Murad, disahkan kekal bersama pasukan selepas kembali dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
tfc

Foto: Carian Google

“TFC juga akan memperkenalkan lima pemain import baharu berbanding empat sebelum ini, selain dua pemain tempatan baharu yang akan diumumkan secara rasmi sebelum 5 Julai ini,” katanya.

Tambah beliau, semua urusan berkaitan dokumentasi, logistik, ujian kecergasan dan perubatan sedang dalam proses penyelesaian sebelum pemian terbabit menandatangani kontrak bersama kelab

tfc

Foto: Bernama

Sementara itu, pemain tengah import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov akan terus memperkuatkan TFC apabila kontraknya diperbaharui untuk musim ini.

Mengulas spekulasi perpindahan Akhyar Rashid ke kelab Brunei, DPMM FC, Mohd Syahrizan menegaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pasukan terbabit.

“Akhyar masih dalam perancangan ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, dan kontraknya bersama TFC hanya akan tamat pada 2027,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian Online (Malik Muhamad)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis mengesahkan penyebaran maklumat serta gambar pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina yang dikongsikan oleh pihak tertentu di media sosial adalah tidak sahih....

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Lokal

“Kata-kata arwah lima tahun lalu jadi kenyataan” Itulah luahan sebak seorang isteri selepas suaminya maut dipukul anak sulung mereka dalam kejadian di rumah mereka...

Bisnes

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd