Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ganti Mendiang Paus Francis, Robert Prevost Dilantik Sebagai Pope Baharu

Dunia menerima satu perkhabaran gembira setelah kardinal Robert Prevost dari Amerika Syarikat (AS) dipilih menjadi Pope ke-267 iaitu pemimpin tertinggi Gereja Katolik Rom.

Robert Prevost sebagai Pope baharu

Robert Prevost sebagai Pope baharu

Foto: Fortune

Berita gembira itu diumukan secara rasmi oleh seorang kardinal kanan di hadapan ribuan pengikut agama tersebut yang berhimpun menunggu pelantikan pope baharu di Dataran St Peter.

Dalam pada itu, tradisi “Habemus Papam” telah dilaksanakan dan Robert memilih nama Pope Le0 XIV sebagai gelaran sepanjang era pemerintahannya.

Sementara itu, pelantikan ini menjadikan Pope Leo sebagai Pope pertama dari Amerika Syarikarat yang terpilih untuk menyandang jawatan terbabit.

Robert Prevost sebagai Pope baharu

Foto: CNN

Pope Leo dilahirkan pada 14 September 1955 di Chicago, Illinios dan beliau juga merupakan ahli Ordo Santo Agustinus (OSA).

Pope Leo memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Villanova pada 1977 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran teologi di Catholic Theological Union serta Universiti Kepausan Santo Tomas Aquinas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 1985, Pop Leo menjalani misi pastoral di Peru, di mana beliau mengabadikan diri berkhidmat selama hampir 20 tahun dalam pelbagai jawatan termasuk menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dan pentadbir gereja.

Beliau dilantik sebagai Uskup Chiclayo dan menjadi warganegara Peru dari 2015 hingga 2023.

Robert Prevost sebagai Pope baharu

Foto: Vatican news

Artikel lain: 133 Kardinal Sudah Mula Berkumpul Di Vatican, Sedia Pilih Paus Baharu

Untuk rekod, Pope Leo menggantikan Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun dan konklaf Pope berlangsung selama dua hari bagi memilih pengganti mendiang.

Sumber: CNBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd