Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tegur Remaja Bawa Motosikal Laju, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Seorang remaja sanggup bertindak kejam apabila memukul seorang warga emas dengan sebatang cota besi hingga maut, hanya kerana tidak puas hati selepas ditegur menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung.

Remaja beli cota besi dalam talian

Menurut laporan Kosmo!, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam di Kampung Buloh Ipoh, mangsa Shamsuddin Mohamad, 60, dilaporkan maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian muka akibat dipukul.

remaja

Foto: Kosmo!

Menurut adik mangsa, Hasnah Ghazali, 40, ketika kejadian, abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah bangsal berhampiran kedai runcit.

Artikel lain: Tunggang Motosikal Tumpat-Kulim Untuk Bertemu, Remaja 14 Tahun Diperkosa Teman Lelaki

Tidak lama selepas rakannya beredar, remaja berusia 18 tahun itu datang menghampiri mangsa dan mengajaknya ke belakang kedai sebelum tiba-tiba bertindak menyerang dengan cota besi yang dipercayai dibeli secara dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pukulan kuat pada muka menyebabkan abang saya terus rebah dan tak sedarkan diri,” katanya.

Tambahnya, dia dimaklumkan mengenai insiden itu sekitar jam 5.45 petang sebelum segera bergegas ke lokasi. Setibanya di sana, dia mendapati wajah abangnya berlumuran darah dan telah pun tidak bernyawa.

Hasnah turut memaklumkan, remaja terbabit dipercayai menyimpan dendam kerana mangsa pernah menegurnya sebelum ini yang sering menunggang motosikal secara melulu di kawasan kampung.

remaja

Jenazah Shamsuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kelupang Ipoh, selewat-lewatnya petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Rohana Mohd. Nawi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd