Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rasionalisasi Diesel Bebankan Rakyat, PH Mungkir Janji Sendiri – Ketua Pemuda PAS Selangor

PAS menyifatkan rasionalisasi diesel sebanyak RM3.35 seliter bermula semalam merupakan langkah yang bebankan rakyat dan menimbulkan pelbagai spekulasi berbangkit.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai tidak menepati janji kepada rakyatnya.

Rasionalisasi diesel bebankan rakyat

Mohamed Sukri turut yakin ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat juga bingung dengan ‘penipuan’ daripada Perdana Menteri selepas beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak.

“Keputusan kerajaan menarik semula pemberian subsidi diesel secara drastik membuktikan Pakatan Harapan terutama PMX mungkir janji dengan janjinya sendiri.
“Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat pasti bingung setelah ditipu hidup-hidup Presiden mereka dalam Kongres Nasional PKR pada Julai 2022 yang lalu yang mahu menurunkan harga minyak setelah menjadi Perdana Menteri.
“Malangnya, belum sampai dua tahun menkadi Perdana Menteri, harga diesel pula yang dinaikkan,” katanya.

Mohamed Sukri juga berkata kemarahan rakyat bukanlah disebabkan pemberian subsidi bersasar namun ia adalah kerana ketidaktentuan kerajaan menyusun pelarasan subsidi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bukanlah soal pemberian subsidi bersasar yang mencetuskan kemarahan rakyat, tetapi ketidaktentuan kerajaan menyusun pelarasan subsidi ini yang membuatkan rakyat keliru dan terbeban.
“Mana tidaknya, penafian demi penafian diberikan apabila ditanya soal subsidi. Malah PMX sendiri memberikan jawapan agak samar sewaktu diwawancara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamed Sukri turut mendakwa hasil penjimatan melalui penghapusan subsidi bahan api itu juga akan masuk ke ‘kantung’ kerajaan.

“Maka rakyat pasti tertanya-tanya bagaimana wang yang dijimatkan itu diuruskan? Adakah kerajaan terdesak dan tiada sumber lain untuk menampung sebahagian daripada keseluruhan RM393.8 bilion Belanjawan 2024 yang dibentang tahun lepas,” luahnya.

Disamping itu, Mohamed Sukri berkata rasionalisasi subsidi itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi berbangkit disebabkan pelarasan subsidi yang tidak konsisten antara Semenanjung dan Sabah & Sarawak.

“Pelarasan subsidi diesel yang tidak konsisten antara Semenanjung dan Sabah Sarawak menimbulan pelbagai spekulasi berbangkit.
“Antaranya, adakah kerajaan Madani tidak berani membuat penyelarasan secara menyeluruh kerana negeri Sabah dan Sarawak akan menghadapi pilihan raya negeri dalam masa paling terdekat?
“Atau adakah tindakan sebegini dibuat berdasarkan maklumat daripada Pangkalan Data Utama yang dikatakan gagal?” soalnya.

Pada akhir hantaran itu, Mohamed Sukri menegaskan Dewan Pemuda PAS negeri Selangor berpendapat kenaikan harga diesel secara mendadak itu sangat membebankan rakyat dan bakal memberikan kejutan ekonomi.

Selain itu, Mohamed Sukri turut berkata sekiranya Anwar tidak dapat menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak, maka Perdana Menteri perlu melepaskan jawatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Mohamed Sukri Omar

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd