Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Sangat ‘Download’, Aplikasi MyJPJ Tergendala Sejak Semalam

Gara-gara mengalami jumlah trafik yang tinggi, aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ mengalami masalah teknikal atau tergendala sejak semalam.

Menurut laporan BH Online, ia berlaku sejurus Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan penggunaan salinan lesen memandu dan cukai jalan atau ‘roadtax’ secara mod paparan digital.

Berdasarkan paparan dalam aplikasi tersebut, ia memaklumkan laman sesawang itu masih dalam tempoh percubaan dari Februari hingga Mac ini selain beberapa pautan yang disediakan gagal untuk diakses.

Walau bagaimanapun, perkara berkenaan turut diakui Loke selepas orang ramai mengadu kerana tidak dapat mendaftar masuk ke aplikasi terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/lokesiewfook/posts/pfbid0mSgAaePeVHU7eSV8yzBxGGMhQzyQrBdqxo4j87Fp3irxUgCLPYGqeuaePtTwHeCwl

“Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
“Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.
“Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.
“Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin.
“Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini,” tulisnya dalam satu kenyataan di laman Facebook semalam.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa orang ramai tidak diwajibkan memuat turun MyJPJ kerana ia hanya satu pilihan diberikan kepada rakyat bagi mendapatkan dokumen itu secara digital.

Loke juga menjelaskan orang ramai tidak akan disaman sekiranya tidak memuat turun aplikasi tersebut kerana cukai jalan dan lesen boleh dilihat dalam sistem anggota penguat kuasa yang bertugas.

https://www.facebook.com/lokesiewfook/posts/pfbid02UtVxvoW4fqDi9DxycwRwfRM11rS8EQffiK4JFBCn8CfCu4BwYjp7HBMKCNEPWrrpl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beliau berkata inisiatif itu adalah bagi mengatasi isu pelekat cukai jalan yang sering rosak dan bermasalah kepada pengguna jalan raya sebelum ini.

Sumber: BH Online (Noor Atiqah Sulaiman), Facebook Anthony Loke

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd