Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Raja Salman Dilapor Taja 1,000 Rakyat Palestin Tunai Haji

Raja Salman taja rakyat Palestin tunai haji

Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dilaporkan akan menaja seramai 1,000 jemaah haji Palestin terdiri daripada keluarga syuhada, tahanan dan mangsa yang cedera untuk menunaikan ibadah haji dan segala kos perbelanjaan akan ditanggung oleh baginda sendiri.

Raja Salman taja rakyat Palestin tunai haji

Raja Salman taja rakyat Palestin tunai haji

Foto: BBC

Menurut laporan Saudi Gazette, tajaan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan merangkap Penyelia Umum program, Sheikh Abdullatif Al-Sheikh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, kerana sudi memberikan sumbangan untuk tajaan tersebut.

Raja Salman taja rakyat Palestin tunai haji

Foto: The Cognate

Beliau menganggap titah itu sebagai keprihatinan kerajaan Arab Saudi dalam mengingati rakyat Palestin serta memperkukuhkan hubungan persaudaraan umat Islam.

Abdullatif juga berkata bahawa kementerian telah mula menjalankan pelan menyeluruh, memastikan segala kemudahan yang diperlukan oleh jemaah Palestin dapat disediakan dengan baik.

Pelan ini diguna pakai bermula sejak jemaah meninggalkan Palestin hingga kembali semula ke tanah air mereka dalam satu sistem yang lengkap sepanjang keberadaan di Makah dan Madinah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Raja Salman Undang 1,000 Warga Palestin Ke Tanah Suci Tunaikan Haji

Untuk rekod, sejak program ini dimulakan pada tahun 1417 Hijrah, seramai lebih 64,000 jemaah haji dari pelbagai negara telah ditaja menunjukkan usaha berterusan kerajaan Arab Saudi dalam memperjuangkan Islam dan umat Islam serta memperkukuh kedudukannya sebagai pusat dunia agama suci itu.

Sumber: Saudi Gazette 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd