Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pukul Isteri, Suami Kepada Bekas Atlet Ditangkap Sedang Menyorok Di Hotel

Suami kepada bekas atlet fencing Indonesia, Cut Intan Nabila iaitu Armour Toreador akhirnya berjaya ditangkap selepas melarikan diri dari rumah susulan tular video memaparkan dia sedang melakukan kekerasan dalam rumah tangga terhadap isterinya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Dunia Punya Cerita telah memuat naik video memaparkan Armour telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah hotel di kota Bandung, Indonesia pada Selasa.

Video pukul isteri tular, suami kepada bekas atlet ditangkap

@duniapunyacerita_

Detik-detik penangkapan Armor Toreador, pelaku KD*RT terhadap istrinya Cut Intan Nabila, di salah satu hotel di wilayah Jakarta Selatan, Selasa 13 Agustus 2024. Sebelumnya, mantan atlet anggar dan selebgram Cut Intan Nabila membagikan video CCTV yang menunjukkan suaminya, Armor Toreador, melakukan KD*RT. Dalam video, Armor Toreador tampak menga4niaya Cut Intan serta menen d4ng bayi mereka. Cut Intan mengungkapkan bahwa ini ia sudah mengalami KD*RT puluhan kali dan menyimpan banyak video sebagai bukti. Ia juga mengungkapkan perselingkuhan suaminya selama 5 tahun pernikahan.

♬ suara asli – Dunia Punya Cerita – Dunia Punya Cerita

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika melarikan diri, Armour hanya membawa beberapa barangan penting seperti telefon bimbit namun dia sengaja mematikan alat itu agar tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

Ketika ditahan, Armour kelihatan cuak namun dia hanya mampu pasrah dengan penangkapan tersebut disamping tiada sebarang kekecohan berlaku kerana lelaki itu memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Pada Ahad, Intan Nabila telah memuat naik video memaparkan dia sedang didera oleh Armour disamping meluahkan dia sudah tidak dapat bertahan dengan kekerasan daripada suaminya itu.

Suami kepada bekas atlet ditangkap

Video tersebut memaparkan Armour memukul Intan Nabila yang baru sahaja melahirkan anak ketiga mereka disamping turut menendang anak kecil mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Intan Nabila, sepanjang lima tahun pernikahan mereka, dia sudah lali diperlakukan seperti itu dan hanya bertahan demi anak-anak mereka.

Artikel lain: Gadis Sedang ‘Khayal’ Langgar Rider Wanita, Sempat Tukar Urine Dengan Air Biasa

Katanya, bukan setakat dipukul malahan Armour juga sudah seringkali berlaku curang terhadap dirinya, termasuklah dengan rakan-rakan Intan Nabila sendiri.

Suami kepada bekas atlet ditangkap

“Selama ini saya bertahan kerana anak, ini bukan pertama kali saya mengalami kekerasan rumah tangga, ada banyak video lain yang saya simpan sebagai bukti.
“Lima tahun berumah tangga, banyak nama wanita lain yang mewarnai rumah tangg saya, bahkan beberapa teman saya sendiri.
“Sudah berkali-kali saya maafkan, tapi hati dia tak pernah terbuka. Sebenarnya betullah, curang dengan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan Nabila juga memohon maaf kepada orang ramai kerana memuat naik video berkenaan namun dia sudah tidak mampu bertahan dengan kekerasan suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas tular video tersebut, warga maya mula menyuarakan rasa berang mereka terhadap Armour sehingga menyebabkan lelaki itu terpaksa melarikan diri.

Buat masa sekarang, Intan Nabila telah pun kembali ke pangkuan keluarga dan didampingi dengan rakan-rakan terdekatnya.

Sumber: TikTok Dunia Punya Cerita , Instagram Cut Intan Nabila

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd