Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Ziarah PTPTN Prihatin: Waris Pendeposit Simpan SSPN Terima Manfaat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi pendeposit Simpan SSPN, Allahyarhamah Hasnatul Adilah binti Hassan di kediaman mereka di Masjid Tanah, Melaka.

Dalam kunjungan tersebut, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim telah menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Simpan SSPN kepada waris Allahyarhamah.

Difahamkan, allahyarhamah yang merupakan seorang guru telah meninggal dunai pada 8 Jun 2024 yang lalu.

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka (tiga dari kanan) dan YBhg. Dato Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kanan) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Simpan SSPN kepada waris pendeposit (tengah) diiringi Puan Wan Zawiah Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, allahyarhamah adalah  pendeposit Simpan SSPN Prime yang telah membuka akaun untuk dua orang anak pada 15 Jun 2020 dan mempunyai simpanan yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM1,230.86 berserta khairat kematian berjumlah RM2,000.00.

Ini menjadikan keseluruhan manfaat Simpan SSPN Prime diterima berjumlah RM3,230.86..

Selain itu, allahyarham juga ada membuka akaun Simpanan SSPN Plus untuk dua orang anak dibawah bawah Pakej Intan dengan komitmen sebanyak RM30.00 sebulan.

Melalui caruman takaful RM20.00 sebulan (bagi 2 akaun), beliau sebagai pendeposit Simpan SSPN Plus telah dilindungi dengan manfaat perlindungan takaful (kematian kemalangan) berjumlah RM120,000.00 dan khairat kematian berjumlah RM6,000.00. Ini menjadikan keseluruhan manfaat Simpan SSPN Plus yang diterima berjumlah RM126,000.00.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka, jumlah keseluruhan manfaat Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM129,230.86 dan pastinya sangat membantu untuk masa depan anak-anak.

“PTPTN berharap penabungan dalam Simpan SSPN dapat membantu meringankan beban kewangan waris pendeposit.
Sememangnya nilai manfaat ini tidak dapat mengembalikan nyawa insan yang tersayang, namun dengan manfaat yang diterima dapat memastikan pendidikan anak-anak Allahyarhamah dapat diteruskan dan kelangsungan hidup mereka lebih terjamin.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN sentiasa komited memastikan aspek pendidikan terpelihara,” ujar pengerusi PTPTN.

Selain daripada Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi PTPTN, turut hadir ke kediaman allahyarhamah Hasnatul Adilah adalah Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN dan Puan Mas Anisah Ayu Othman, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Melaka.

Sekadar info, PTPTN mempunyai dua produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang menawarkan pelbagai kistimewaan dan manfaat.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime ialah perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian/ ilat kekal menyeluruh kepada mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pelepasan taksiran cukai pendapatan turut diberikan sehingga RM8,000 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 bagi satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.

Dalam pada itu, Produk Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam pakej simpanan yang terdiridaripada simpanan dan perlindungan takaful yang komprehensif dengan komitmen bulanan serendah RM30.00 sebulan

Keistimewaan tambahan yang ditawarkan adalah manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima orang anak, manfaat takaful penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun dan manfaat ini tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih oleh pendeposit.

Oleh itu, hanya komitmen serendah RM30.00 sebulan untuk pakej intan serta tiada pemeriksaan kesihatan kecuali yang ingin membuka akaun pakej Berlian dan hanya perlu menjawab tiga soalan kesihatan sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd