Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Presiden Filipina Arahkan Semua Menteri Letak Jawatan Dalam Usaha ‘Bold Reset’ Kerajaan

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. telah mengarahkan kira-kira 30 menteri kabinetnya untuk meletakkan jawatan dalam satu langkah drastik yang digambarkan sebagai “bold reset” selepas keputusan pilihan raya separuh penggal baru-baru ini tidak sepenuhnya memihak kepada partinya.

Menurut laporan MSN, setakat pagi Khams, tiga menteri telah mengumumkan peletakan jawatan mereka manakala seorang lagi menyatakan hasrat untuk berbuat demikian tidak lama lagi.

Pilihan raya separuh penggal yang berlangsung minggu lalu dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran semasa dan hanya enam daripada sebelas calon yang disokong Marcos berjaya memenangi kerusi Senat.

Foto: Harian Metro

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi Presiden, langkah ‘bold reset’ ini bertujuan untuk memberi ruang kepada Marcos menilai semula prestasi setiap kementerian serta memastikan barisan kabinet yang datang sejajar dengan keutamaan baharu pentadbirannya.

“Langkah ini bukan soal individu, tetapi soal prestasi, keselarasan, dan keutamaan. Mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang akan diberi pengiktirafan, namun kita tidak boleh leka,” katanya.

Istana Presiden turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan tidak akan terganggu sepanjang tempoh peralihan ini, dan prinsip kestabilan serta meritokrasi akan menjadi panduan utama dalam memilih pasukan eksekutif baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara menteri yang telah meletakkan jawatan ialah Setiausaha Pengangkutan Vince Dizon, Setiausaha Pertanian Francisco Tiu Laurel Jr, dan Setiausaha Kewangan Ralph Recto.

Foto: FMT

Setiausaha Jabatan Belanjawan dan Pengurusan, Amenah Pangandaman juga mengesahkan akan mengemukakan surat peletakan jawatan.

Sumber: MSN

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd