Mikrofon milik Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dilaporkan bocor apabila merakam perbualan santai beliau bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump) ketika menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm El Sheikh, Mesir, pada Isnin.
Menurut laporan Komsas, kejadian itu berlaku secara tidak sengaja ketika kedua-dua pemimpin berdiri bersebelahan di belakang podium selepas Trump selesai menyampaikan ucapan kepada pemimpin dunia yang hadir.
Sidang tersebut diadakan susulan pengumuman gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Foto: the star
Artikel lain: Tular Papan Iklan Gambar Prabowo Di Israel? Kementerian Tampil Beri Penjelasan
Dalam rakaman audio yang tersebar, Prabowo dilaporkan menyebut mengenai kawasan yang tidak selamat dari segi keselamatan sebelum bertanya kepada Trump mengenai anaknya.
“Boleh saya jumpa Eric?” tanya Prabowo.
Trump kemudian membalas,
“Saya akan minta Eric hubungi kamu. Dia anak yang baik. Saya akan suruh dia telefon.”
Prabowo membalas untuk mencari tempat yang sesuai dan Trump sekali lagi menegaskan bahawa akan menyuruh anaknya menghubungi Prabowo kelak.
Presiden Indonesia itu bagaimanapun sempat bertanya kepada Trump,
“Eric atau Don Jr,”
yang merujuk kepada Donald Trump Jr, anak sulung kepada Presiden AS itu.

Foto: malaymail
Difahamkan, Eric Trump dan Donald Trump Jr kini menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif Trump Organization, syarikat keluarga yang terbabit dalam perniagaan hartanah, perhotelan serta teknologi blockchain.
Trump Organization turut mempunyai beberapa projek di Indonesia, termasuk kelab golf di luar Jakarta, selain projek resort di Bali yang disenaraikan di laman rasmi syarikat dengan status akan datang.
Sumber: Kompas (Aditya Jaya Iswara)
