Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Video Gaduh Libatkan Rider, Lelaki ‘Blazer’ Merah & Pengawal Keselamatan

Video pergaduhan melibatkan penghantar makanan, pengawal keselamatan dan seorang lelaki blazer merah tular di media sosial selepas satu akaun X memuat naik rakaman tersebut.

Polis kenalpasti saksi kejadian

Memetik laporan dari Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof memaklumkan yang pihak mereka sedang menjalankan  siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.
“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

lelaki blazer merah

Lelaki blazer merah bantai rider makanan

Terdahulu, video yang dikongsi di akaun X Malaysia Most Virall telah memperlihatkan pergaduhan yang melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota.

Guard panggil lelaki blazer merah lepas rider tak puas hati tak boleh masuk

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila penghantar makanan tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan namun penerima pesanan bertegas untuk penghantar itu masuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tiga Anggota Ditahan, Disyaki Guna Kereta Polis Edar Dadah

Susulan daripada itu, penghantar makanan tersebut telah memarahi pengawal keselamatan yang bertugas sebelum pengawal itu memanggil rakan sekerjanya yang berpakaian blazer merah sehingga berlaku pergaduhan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuralif) X Malaysia Most Virall

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd