Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Umum Peruntukan RM500 Juta Baiki Kerosakan Fasiliti Awam Terjejas Akibat Banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas di kebanyakan negeri akibat banjir baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Anwar berkata beliau telah mengarahkan semua jabatan di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan supaya melakukan penilaian kerosakan serta melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.

Peruntukan RM500 juta baiki kerosakan fasiliti

Peruntukan RM500 juta baiki kerosakan fasiliti 

“Ini termasuk sekolah, klinik, kemudahan asas dan jalan… untuk segerakan, saya meluluskan RM500 juta untuk tujuan membaiki kerosakan akibat banjir,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

RUU Perbekalan itu telah diluluskan semalam di Dewan Rakyat selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Okt lepas.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan tindakan sewajarnya bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mendepani bencana itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Banjir tahun ini menyaksikan lebih 150 pusat pemindahan sementara tambahan diaktifkan baru-baru ini, (yang) membantu lebih 12,000 mangsa,” katanya.

Situasi banjir setakat 8 pagi tadi menunjukkan penurunan jumlah mangsa di tujuh negeri iaitu Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pahang dan Perlis.

Artikel lain: Amaran Ribut Tropika Senyar! Hujan Lebat, Angin Kencang & Laut Bergelora Dijangka Hingga 29 November – MetMalaysia

Peruntukan RM500 juta baiki kerosakan fasiliti

Terdahulu, Perdana Menteri mengulangi bahawa kerajaan memperuntukkan RM470 bilion menerusi Belanjawan MADANI 2026 dengan tumpuan kepada memacu pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan tadbir urus dan memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan pembangunan melalui pelaksanaan projek air, sekolah daif, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan kemudahan digital di bawah projek Kabel Dasar Laut MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana, Anwar berkata NADMA menerima RM460 juta manakala RM2.2 bilion diperuntuk bagi pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara.

Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar berjumlah RM66.2 bilion diikuti Kementerian Kesihatan sebanyak RM46.5 bilion yang merangkumi pelantikan tetap 4,500 doktor kontrak pada tahun depan.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13.

Bertemakan “Belanjawan Rakyat”, ia memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam merangkumi RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbelanjaan itu turut disokong oleh pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta sumbangan badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Sosial

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd