Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Retak Tulang Siku, Perejam Utama Sepak Takraw Kebangsaan Rehat Dua Bulan

Perejam utama sepak takraw retak tulang siku

Perejam utama skuad sepak takraw kebangsaan, Mohamad Azlan Alias disahkan mengalami kecederaan retak tulang siku setelah tercedera sewaktu perlawanan akhir regu berpasukan Piala Asia melawan Thailand, Ahad lalu.

Perejam utama sepak takraw retak tulang siku

Perejam utama sepak takraw retak tulang siku

Foto: Harian Metro

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) setelah pemain berumur 27 tahun itu selesai melakukan pemeriksaan perubatan hari ini.

Dalam pada itu, Azlan difahamkan bakal berehat sekurang-kurangnya dua bulan sebelum beraksi semula di gelanggang bagi memastikan kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Azlan mengalami keretakan tulang setelah membuat pemeriksaan pada pagi ini. Beliau dinasihatkan dan dijangka akan berehat selama dua bulan oleh doktor,” kata PSM di Facebook, hari ini.

Perejam utama sepak takraw retak tulang siku

Terdahulu, Azlan dipercayai melakukan pendaratan yang kurang sempurna semasa melakukan rejaman pada set kedua dalam perlawanan menentang regu Thailand di Stadium Titiwangsa.

Biarpun regu negeara yang dianggotai Azlan, Syahir Mohd Rosdi selaku tekong dan Amirul Zazwan Amir sebagai pengumpan berjaya menang perlawanan set berkenaan, namun terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 (11-15, 15-12, 15-17).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Umum Imbuhan RM10k Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan

Difahamkan, berita kehilangan tonggak utama sepak takraw negara itu dijangka memberi impak kepada skuad kebangsaan yang dijadualkan bakal menghadapi dua lagi kejohanan utama pada tahun ini iaitu Piala Raja Thai pada Julai dan Sukan SEA pada Disember yang bertempat di Thailand.

Sumber: Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd