Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengantin Baharu Terkorban Dalam Kemalangan, Hasrat Ziarah Keluarga Mangsa Nahas UPSI Tidak Kesampaian

Hasrat murni seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas di Gerik bulan lalu, tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu di Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dikatakan dalam perjalanan menuju ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk membincangkan lawatan ziarah ke rumah keluarga arwah Nurly Sahirah.

kemalangan

Foto: FB Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya sangat bersemangat mengatur pertemuan tersebut namun takdir menentukan sebaliknya.

“Mereka janji nak jumpa di Besut. Tujuan utamanya adalah untuk bincang perancangan ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka, abang pula yang pergi dulu,” katanya.

Artikel lain: UPSI Sedia Membantu, Pelajar Terlibat Kemalangan Bas Bakal Ambil Tindakan

Tambahnya lagi, Allahyarham yang menetap di Jalan Tekukur, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu bersamaan 1 Muharam dan merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran pada September nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Arwah pernah cakap nak buat kenduri sambut perkahwinan dan gabung sekali dengan majlis keluarga. Tapi semuanya tinggal kenangan,” ujarnya.
kemalangan

Foto: FB BEST FM Malaysia

Wan Hasbullah meninggalkan seorang balu, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki berusia antara 9 hingga 13 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Anak-anaknya masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan SK Sultan Sulaiman 1 (SKSS1), Kuala Terengganu.

Allahyarham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, dikenali sebagai seorang hafiz 30 juzuk al-Quran dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Antara sumbangan arwah termasuk menyertai misi membaiki pondok di Thailand, serta program khatan dan korban di kawasan pedalaman.

kemalangan

Foto: Sinar Harian

Solat jenazah diadakan di Masjid Khalifah malam tadi, dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum dikebumikan sekitar jam 10 malam.

Sebelum ini, laopran memaklumkan bahawa motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangi mangsa merempuh sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Hasbullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Norhapsida Yatim)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Nasional

Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga. “Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd