Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Lori Ditahan Selepas Pandu Lawan Arus 150km, Cuba Rempuh Polis

Seorang pemandu lori bertindak nekad memandu secara melawan arus sejauh kira-kira 150 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berjaya diberkas polis di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, awal pagi Ahad.

Pemandu lori ditahan selepas pandu lawan arus

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ibrahim Husin, insiden bermula sekitar jam 5.35 pagi apabila sebuah MPV polis mengesan lori terbabit yang enggan berhenti ketika diarahkan.

“Pemandu tersebut terus memecut masuk ke Lebuhraya PLUS melalui Tol Bukit Beruntung dan memandu melawan arus sehingga ke Tol Sungai Buloh sebelum berpatah semula,” katanya dalam satu kenyataan.
lawan arus

Foto arkib: Carian Google

Beliau berkata suspek yang berusia 40 tahun turut bertindak agresif dengan cuba merempuh kenderaan MPV polis ketika anggota bertugas berusaha menghentikannya.

“Tindakan suspek bukan sahaja membahayakan dirinya, malah pengguna lebuh raya lain serta anggota polis yang sedang bertugas.
“Polis merampas lori Mitsubishi Fuso yang dipandu suspek. Malah hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan satu rekod jenayah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine,” ujar Ibrahim.

Artikel lain: Pemandu Axia Mengaku Tidak Bersalah Pandu Lawan Arus

Tambah Ibrahim, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi permohonan reman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang masing-masing membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000, serta penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika disabitkan,” jelasnya.
lawan arus

Foto: Threads bananyna

Terdahulu, tular satu rakaman video dari kamera papan pemuka sebuah kereta yang hampir bertembung dengan lori berkenaan yang melawan arus apabila kedua-dua kenderaan berada di lorong paling kanan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Hulu Selangor

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd