Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelajar Ziarah Kubur Ibu, Bapa Dan Adik, Tunjuk Keputusan SPM – “Abang Dapat 5A”

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan dan telah berjaya merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan seorang pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Faiz Qudry menziarahi kubur arwah ibu, bapa, serta adiknya sejurus mendapat keputusan SPM.

“Walaupun tak seberapa tapi abang bersyukur. Kita mungkin tiada gambar pentas tapi kita ada gambar bersama walau satu persatu.
“Ayah, umi, dan adik hari ini abang dah dapat keputusan dan alhamdulillah dapat 5A dalam SPM. Abang bangga bukan sebab keputusan tetapi sebab abang mampu untuk habiskan SPM ini tanpa kasih sayang kalian,” tulis Faiz pada Khamis.

Faiz memberitahu dirinya berusaha keras untuk mendapatkan keputusan tersebut dan bersyukur dapat menamatkan zaman persekolahan dengan keputusan yang cemerlang.

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

“Abang struggle cuba tolak diri untuk dapatkan apa yang kalian nak tapi itu sahaja yang mampu, abang minta maaf ya. Sepatutnya hari ni hari bahagia buat kita semua tapi tak mengapalah setidaknya abang dah datang ke rumah kalian.
“Walaupun jauh dari Bc ke Chenor tapi demi nak tunjuk keputusan tetap abang datang. Baiklah abang nak bangga dengan diri kejap sebab abang dah habiskan zaman sekolah dengan baik tanpa cacat cela.
“Terima kasih ayah, umi, dan adik, tanpa kalian abang takkan sampai sini. Abang sayang semua,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat Faiz yang terpaksa meraikan kejayaan SPM sendirian tanpa ditemani ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah ada juga yang mendoakan agar pelajar itu terus kuat meneruskan kehidupan tanpa kedua ibu bapa dan ada juga yang menitipkan ucapan tahniah serta bangga atas pencapaian tersebut.

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Terus kuat semangat

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Mesti mereka bangga

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Hebat dah tu, terbang tinggi

Pelajar ziarah kubur tunjuk keputusan SPM

Artikel lain: SPM 2024: Pelajar Peluk Guard Sekolah, Tak Lupa Ucap Terima Kasih

Difahamkan, bapanya Ridzuan Ahmad meninggal dunia ketika dia baru sahaja berusia tujuh tahun akibat pneumonia dan radang paru-paru, lapor Harian Metro pada 7 April lalu.

Manakala ibu, Zuraini Izhab dan adiknya, Muhammad Fayyadh  Qashti Ridzuan meninggal dunia dua tahun kemudian pada 2016, dalam tempoh selang seminggu, masing-masing akibat pneumonia dan asma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini Faiz tinggal bersama datuk dan neneknya setelah tiada lagi tempat bergantung harap namun dua tahun yang lalu datuknya pula telah meninggal dunia.

Sumber: TikTok Muhammad Faiz Qudry

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pakaian dan barang peribadi milik remaja itu yang dipakai ketika kejadian masih belum diambil...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd