Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Anggap Sebagai Balas Dendam, Persoal Cadangan SPRM Lucut Harta Tun Daim

Peguam anggap sebagai balas dendam

Peguam keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin mempersoalkan cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam usaha melucutkan hak pemilikan harta milik Allahyarham dan keluarga yang didakwa berjumlah lebih RM2 bilion.

Peguam anggap sebagai balas dendam

Peguam anggap sebagai balas dendam

Foto: Kosmo

Menurut laporan Berita Harian, peguam Rajesh Nagarajan mewakili isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa kenyataan itu dibuat bertujuan untuk membalas dendam tanpa sebarang asa perundangan dan tidak masuk akal.

Rajesh memberitahu tiada pertuduhan tertangguh di mahkamah memandangakan Daim sudah meninggal dunia malah beliau juga tidak pernah disabitkan dengan salah laku jenayah.

“Atas dasar apakah asetnya, yang kini ditadbir oleh harta pusakanya, boleh dirampas? Adakah SPRM mendapatkan dan menerima nasihat undang-undang sebelum membuat kenyataan demikian?
“Adakah Peguam Negara telah dirujuk dan adakah beliau meluluskannya?
“Ia adalah di luar jangkaan akal bahawa seorang ketua badan penguat kuasa akan mendedahkan agensi itu kepada cemuhan dengan membuat kenyataan jahil tanpa sebarang asas undang-undang,” kata Rajesh di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam anggap sebagai balas dendam

Foto: Free Malaysia Today

Menurut Rajesh, SPRM dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk merampas harta atau harta pusaka mana-mana warganegara apabila berlaku kematian selaras dengan prinsip asas sistem keadilan.

Pelucutan hak aset hanya dibolehkan jika ‘kesalahan serius’ seperti yang ditakrifkan dalam Jadual Kedua Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 telah dibuktikan di mahkamah, dan menurut perintah mahkamah.

Beliau berkata, tiada pertuduhan sebelum ini pernah dikenakan ke atas Daim, melainkan kesalahan teknikal tidak mengisytiharkan aset iaitu bukan ‘kesalahan berat’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelucutan hak harta sudah tentu tidak boleh dilakukan ke atas tuntutan terbaru yang didakwa bukan pengisytiharan aset, yang dibuat oleh Azam semalam.
“Dengan kata lain, harta rakyat tidak boleh dilucuthak begitu sahaja kerana SPRM atau kerajaan mendakwa mempunyai syak wasangka mengenai sumber atau asal usul aset berkenaan.
“Jika itu berlaku, tiada harta sesiapa pun akan selamat. Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam secara terbuka terhadap Tun Daim selepas mengambil alih kuasa pada November 2022, tiada sedikit pun bukti telah dihasilkan bagi menyokong dakwaan bahawa Tun Daim bersalah kerana rasuah,” jelasnya.

Foto: Berita Harian

Artikel lain: SPRM Cadang Lucut Harta Daim Berjumlah Lebih RM2 Bilion – Azam Baki

Terdahulu, Azam memaklumkan selain harta bernilai tinggi membabitkan RM2 bilion yang kini dibekukan. SPRM percaya masih ada harta di luar negara yang tidak diisytiharkan.

Harta itu, didakwa dimiliki oleh ahli keluarga dan proksi kepada Allahyarham Daim yang juga merupakan bekas pemimpin UMNO.

Difahamkan, SPRM sedang berusaha melucutkan harta dan sedang melihat harta berkaitan yang tidak diisytiharkan pada suatu ketika dahulu.

Harta yang kini dalam pemerhatian SPRM untuk dilucut hak melebihi RM2 bilion termasuk di luar negara antaranya di Switzerland dan United Kingdom (UK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohamad Ali)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd