Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay, Dianggap Tiada Manfaat

Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan rock terkenal British Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November depan di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nasrudin di laman Twitternya, dia menganggap penganjuran konsert tersebut tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk negara mahupun rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Batalkan persembahan kumpulan ini. Tiada manfaatnya untuk negara dan rakyat,” katanya dengan membalas ciapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mempersoalkan keputusan kerajaan yang membenarkan konsert itu diadakan di Malaysia memandangkan sebelum ini salah seorang anggota kumpulan tersebut membawa bendera ‘pelangi’ di London.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apakah kerajaan bermaksud mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini?
“Saya nasihatkan agar batalkan sahaja persembahan kumpulan ini di Malaysia. Tidak membawa apa apa kebaikan pada agama, bangsa dan negara,” jelasnya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan ‘selamat datang’ kepada kumpulan tersebut yang memilih Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi konsert kelak.

Sumber: Twitter @Nasrudin Hassan, Instagram @Nasrudin Hassan

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe...

Lokal

“Dia kawan daddy.” Itulah alasan yang terpacul dari mulut seorang lelaki selepas didakwa kantoi dengan isterinya ketika sedang menemani seorang wanita di sebuah klinik....

Lokal

Jalan Pantai Batu Rakit di laluan T145 berhampiran Kampung Tanjung yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap Oktober depan, dilaporkan runtuh semula pada malam...

Sosial

Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd