Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor di sebuah lokasi di Telok Panglima Garang.
Lebih memilukan, kejadian itu disaksikan oleh ramai pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut namun tiada seorangpun yang prihatin ingin menghulurkan bantuan.
Pak cik kehabisan minyak moto sebak, usap air mata
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @puteriliyana13, memaparkan dia dan abangnya merasa simpati melihat lelaki tua tersebut tersadai di tengah jalan bersama motonya ketika hari sudah mula hujan.
Dalam pada itu, Yana juga memberitahu dia dan abangnya membuat keputusan untuk berpatah balik semula bagi membantu pak cik kehabisan minyak tersebut dengan membelikan minyak moto di kedai runcit berhampiran.
“Dari jauh nampak dah pak cik ni minta tolong dekat orang tapi satu motor pun tak mahu berhenti.
“Aku dan abang aku buat keputusan patah balik untuk tanya kenapa sehinggalah pak cik itu beritahu dia kehabisan minyak motor. Jadi kami pergi ke kedai runcit belikan minyak, waktu ni oun memang tengah gerimis,” tulis Yana baru-baru ini.
Sementara itu, Yana juga sempat meluahkan rasa sebaknya melihat keadaan pak cik kehabisan minyak itu dan membayangkan bagaimana jika ayah atau atuknya yang berdepan detik cemas tersebut.
Artikel lain: Sebak! Dua Beranak Rentung, Treler Dipandu Bapa Rempuh Treler Muatan Kapas
“Cuba bayangkan yang minta tolong ni ayah atau atuk kalian, sedih tau.
“kita ni dah lah tak boleh tengok orang nangis, nampak pak cik kehabisan minyak ni tambah lagi sebak. Semoga pak cik diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah,” tulis Yana lagi.
Sampai nangis pak cik tu, betapa dia mengharapkan pertolongan dari orang yang lalu
Menelusuri ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sedih mereka melihat pak cik kehabisan minyak itu mengusap air mata kerana berasa bersyukur setelah dibantu oleh seorang pemuda setelah lama berada di bahu jalan tanpa dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain.
Allah bukan nak uji pak cik tu tapi nak uji orang sekeliling
Semoga syurga milikmu dik, Insya-Allah.
Setakat artikel ini ditulis, video pak cik kehabisan minyak tersebut telah menerima lebih 170,000 tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.
Sumber: TikTok puteriyana13
