Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pak Cik Petai Luah Syukur, Tak Sangka Dua Hospital Swasta Tawar Rawatan Mata Isteri

Pak Cik Petai Luah Syukur

Seorang lelaki warga emas yang dikenali Pak Cik Petai luah syukur dan terharu kerana banyak pihak, termasuk individu datang menghulurkan bantuan selepas kishanya tular di media sosial.

Dia yang dikenali Mohd Noor Saad, 67, berkata, terdapat beberapa hospital swasta turut menawarka khidmat pembedahan bagi membuang selaput pada mata kiri isterinya, Asiah Yaakup, 63.

Mohd Noor berkata, dia sememangnya sedang mengumpul wang bagi membolehkan isteri tercintanya menjalani pembedahan tersebut.

“Hasil pemeriksaan di hospital kerajaan, doktor yang merawat isteri memaklumkan, kos pembedahan sekitar RM1,500.
“Kerana itu saya ikhtiar mencari duit dengan menjual petai. Saya harap, apabila pembedahan selesai, penglihatan isteri akan pulih,” katanya.

Pak Cik Petai Luah Syukur

Menurut Mohd Noor, wakil sebuah hospital swasta telah mengunjunginya pagi tadi dan menetapkan temu janji untuk isterinya pada Khamis ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berterima kasih kepada Harian Metro serta media lain yang telah menyiarkan kisah kami.
“Saya juga dimaklumkan bahawa sebuah hospital mata di Petaling Jaya, Selangor berminat untuk menaja pembedahan mata isteri saya. Syukur dan terima kasih kepada semua pihak, termasuk hospital-hospital ini,” katanya.

Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka ‘peristiwa petai’ itu telah menarik perhatian ramai pihak dan amat terharu dengan keprihatinan dan kemurahan hati orang ramai yang sudi membantu tanpa mengenali dirinya secara peribadi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan-Nya,” katanya.
“Saya juga baru dihubungi seseorang dari Johor Bharu, Johor yang mahu hadiahkan saya sebuah motosikal baru. Semua ini atas kuasa Allah SWT jua,”ujarnya.

Artikel lain: Pak Cik Lempar Petai Atas Jalan, Kecewa Tidak Dibenar Berniaga Oleh Penguat Kuasa

Pada 21 Mac lalu, aksi ‘Pakcik Petai’ yang membuang petai selepas ditegur oleh penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) tular di media sosial, menarik perhatian ramai.

Insiden itu berlaku selepas dia ditegur kerana berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan, mengakibatkan dia bertindak melepaskan kemarahannya dengan membuang petai yang dijual.

Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, sebelum akhirnya keadaan berjaya dikawal dan diselesaikan secara baik tidak lama kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Khidir Zakaria)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pakaian dan barang peribadi milik remaja itu yang dipakai ketika kejadian masih belum diambil...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd