Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nurul Ain Tak Larikan Diri, Pulang Ke Malaysia Untuk Tambah Bantuan Ke Gaza

Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron, 37, yang pulang ke tanah air bersama suami warga Palestin Mohamed A.M. Shaat, 33, menafikan tuduhan melarikan diri dari konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Nurul Ain berkata, mereka berdua juga berada di Malaysia dalam waktu yang singkat sehingga selesai segala urusan di Malaysia.

Sebaik sahaja selesai segala urusan, Nurul Ain dan suami akan kembali ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan meneruskan perjuangan untuk membantu penduduk Gaza yang terus terkesan akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis.

“Rakyat Malaysia jangan risau. Kami tidak akan lama di sini (Malaysia). Insya-Allah, dalam masa terdekat kami akan kembali ke UAE.
“Alhamdulillah untuk semuanya. Insya-Allah, semuanya akan kembali baik. Insya-Allah, Palestin akan bebas nanti,”katanya dalam hantaran di Facebook, lapor Kosmo! Online.

Suami isteri itu juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan sentiasa mendoakan mereka sewaktu ‘terkurung’ di Semenanjung Gaza tempoh hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas Nurul Ain, tujuan mereka pulang ke Malaysia adalah untuk memastikan bekalan bantuan dapat diproses untuk keperluan rakyat Gaza dan bukannya mahu melarikan diri serta meninggalkan saudara lain.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Terima kasih juga kepada mereka yang mengecam. Kami bukan lari, yang pertama, Allah tahu apa yang ada dalam hati kami, hanya Allah sahaja tahu.
“Kalau kami stay (tinggal di Gaza) bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang? Bagaimana untuk kami bantu rakyat di sana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash (keluarkan wang tunai) bantuan si ishell (Israel) sekat sistem di sana,” terangnya.

Nurul Ain Gaza

Artikel lain: Disambut Keluarga, Nurul Ain & Suami Selamat Tiba Di Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan Nurul Ain dan suami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Qatar 4993, 8.55 malam semalam.

Mereka suami isteri bergerak dari Rafah ke Kaherah, Mesir dengan menggunakan jalan darat yang mengambil masa selama 10 jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mereka menaiki pesawat dari Kaherah ke Malaysia dengan transit di Oman selama tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA.

Kepulangan Nurul Ain dan suami semalam menjadi bualan sinis segelintir warganet yang mempertikaikan kepulangan mereka ke tanah air. Mereka seolah-olah mengatakan pasangan itu sengaja melarikan diri daripada terus berjuang di Palestin.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd