Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nga Kor Ming Terima Ugutan, Nota Bertaburan Di Kediaman Ibu Bapa

Ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming terima ugutan apabila beberapa nota bertulis “Nga Kor Ming Jangan Cabar Islam” ditabur di hadapan kediamannya.

Kertas ditemui ketika ambil surat khabar

Memetik laporan dari Harian Metro, wanita berusia 76 tahun itu meluahkan kebimbangan apabila nota tersebut ditemui sekitar jam  7.30 pagi sewaktu keluar di hadapan rumah untuk mengambil surat khabar  di Jalan Ling Sing Hang, Ayer Tawar, Manjung.

Nga Kor Ming terima ugutan, ibu sedar ada tulisan di kertas ketika sapu sampah

Pada awalnya, dia menyangka nota-nota tersebut hanya kertas kosong dibuang individu tidak bertanggungjawab namun sekitar 9.30 pagi warga emas berkenaan baru menyedari tentang tulisan yang ada di kertas terbabit.

“Kira-kira 9.30 pagi saya keluar untuk menyapu kertas terbabit, ketika itulah saya sedar terdapat tulisan berwarna merah bertulis “Nga Kor Ming jangan cabar Islam.
Ada kira-kira 40 helai kertas dan semuanya tertera nota yang sama. Oleh sebab risau dan takut jika berlaku perkara tak diingini, saya dan suami membuat laporan di Balai Polis Ayer Tawar,” katanya.

Artikel lain: Kenderaan Menteri Ekori Ambulans Mod Kecemasan, Nga Kor Ming Sedia Beri Kerjasama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nga Kor Ming terima ugutan, ibu harap tak jadi sasaran politik

Jelasnya, dia dan suami yang sudah berusia 86 tahun hanya ingin hidup tenteram seperti orang lain dan berharap tidak menjadi sasaran politik kebencian mana-mana pihak.

“Kami hidup secara low profile (tidak menonjolkan diri), kejadian seumpama ini turut pernah berlaku beberapa tahun lalu.
“Politik adalah politik, tolonglah jangan gunakan cara begini untuk ugut orang tua,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah membaklumkan yang pihaknya menerima laporan daripada ibu Kor Ming berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi.

Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Dunia

Kapal tentera Itali dilaporkan akan berhenti mengiringi armada antarabangsa Global Sumud Flotila (GSF) yang kini berlayar ke Gaza, sekali gus mendedahkan lebih 500 aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd