Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Yassin Buat ‘U-Turn’, Mahu Tanding Semula Jawatan Presiden BERSATU

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya telah membuat pusingan U apabila menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden untuk sepenggal lagi.

Mahu bertanding selepas dengar nasihat isteri

Memetik laporan dari Berita Harian, Muhyiddin menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan isterinya,  Puan Sri Noorainee Abdul Rahman  yang mahu melihatnya terus mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat.

“Sebenarnya, kuasa yang paling besar yang saya nak sebutkan di sini bukan Perhimpunan Agung Tahunan. Kuasa besar (keputusan dibuat) tidak lain adalah isteri saya.
“Isteri saya hadir (di perhimpunan BERSATU) sejak beberapa hari lalu dan dia duduk sampai akhir…Hari ini pun sama. Dia ada mesej saya. Apa isteri saya kata? Stay another term (kekal satu penggal lagi). They need you (Mereka perlukan awak). Mereka ikhlas yang (panggilan merujuk Muhyiddin).
“Saya jawab, saya kata yes i know (ya satu tahu). Isteri saya cakap – carry on (teruskan), saya restu kerana BERSATU still need you (masih memerlukan awak), masih belum kuat katanya. Jadi saya jawab kepada dia, saya kata baiklah, saya akan kekal sehingga akhir penggal
“Kemudian dia (isteri) saya jawab Alhamdulillah. Dia cakap terima kasih dan ini untuk negara. Abah must stay on (mesti kekal).
“Jadi saya nak nyatakan atas niat baik semua, barisan pimpinan dan semua (perwakilan) di sini dan (ahli) di luar… Saya buat keputusan untuk tawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan nanti,” katanya.

muhyiddin yassin

Muhyiddin Yassin mahu bertanding satu penggal lagi

Hal ini dinyatakan beliau sewaktu memberi ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU Keenam di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada 25 November 2023.

muhyiddin yassin

Artikel lain: Perhimpunan Agung Bersatu: Muhyiddin Umum Tidak Pertahan Jawatan Presiden

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu mengumumkan bahawa tidak akan mempertahankan jawatan presiden BERSATU untuk pemilihan parti yang akan datang.

Walau bagaimanapun,  Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin kerana parti dan negara masih lagi memerlukan beliau.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd