Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Gerakkan Strategi WoGoS Di Pulau Banggi, Perkukuh Keselamatan Dan Pembangunan Komuniti

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha membangunkan Pulau Banggi.

MINDEF gerakkan strategi WoGoS di Pulau Banggi

Melalui pendekatan WoGoS, pelbagai program dilaksanakan bersama komuniti, sekali gus memberi pelbagai manfaat kepada penduduk Pulau Banggi, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara inisiatif di bawah pendekatan itu ialah penganjuran Program Semarak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Komuniti di pulau berkenaan.

Pulau Banggi

Menurutnya, melalui pendekatan itu masyarakat dapat diterapkan kefahaman kepentingan bersama-sama menjaga keselamatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan menyedari bahawa sudah sampai masanya soal menjaga keselamatan negara perlukan komitmen dan peranan sumbangan daripada masyarakat.
“Sekurang-kurangnya masyarakat sedar bahawa keselamatan, pertahanan negara itu bukan hanya terletak pada tentera.
“Jika mereka ada kesedaran begitu, mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh menggugat keselamatan,” katanya dalam sidang media sempena Program Semarak ATM Bersama Komuniti di Pulau Banggi, Kudat, pada Isnin.

Beliau menambah, melalui pembudayaan WoGoS, pihaknya dapat menggembleng masyarakat untuk memainkan peranan secara aktif dan proaktif dalam soal keselamatan.

“Dari segi WoGoS, seperti yang akan kita saksikan di Pulau Banggi nanti kerajaan telah putuskan keseluruhan kementerian yang ada untuk beri perhatian kepada pembangunan, kemajuan Pulau Banggi,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Dulimah Abrasin, 50, berkata program tersebut sememangnya dinantikan oleh masyarakat setempat.

Pulau Banggi

Dulimah, seorang suri rumah yang sering menyertai program anjuran pasukan keselamatan, berkata aktiviti seperti itu menggembirakan penduduk kerana memberi peluang mereka berkumpul dan berinteraksi dengan anggota tentera.

“Memang baiklah ada tentera di sini. Keistimewaan tentera ni selalu meronda kampung ke kampung, hujung ke hujung. Lagipun anggota tentera bertugas di sini tidak sombong serta suka bergaul bersama orang kampung,” katanya.

Beliau turut berpeluang memegang senjata pameran yang disediakan sempena program tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang baiklah bila ada peluang pegang senjata begitu, kita gembira sangat,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan lebih kerap pada masa hadapan.

Artikel lain: Karnival Hari Keluarga ATM Kem Kabota Kukuhkan Semangat Kerja Warga Pertahanan

Terdahulu, Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja rasmi ke kawasan Operasi PASIR dan menghadiri program berkenaan. Ketibaan beliau disambut dengan Pertunjukan Tarian Perang bersama lebih 500 penduduk yang hadir ke Program Semarak ATM Bersama Komuniti Pulau Banggi.

Pulau Banggi

Program berkenaan merupakan kemuncak daripada lebih 50 aktiviti yang dilaksanakan di sekitar Kudat sepanjang tahun ini, termasuk gotong-royong, aktiviti kerohanian, kesihatan dan pendidikan yang melibatkan komuniti dan ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pulau Banggi

Kehadiran ATM di Pulau Banggi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan aspek keselamatan setempat. Usaha tersebut bukan sahaja meningkatkan keyakinan penduduk menjalani kehidupan harian dengan lebih terjamin, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi.

Inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 20,000 penduduk melalui peluang ekonomi, penambahbaikan kesalinghubungan serta peningkatan taraf hidup.

Pulau Banggi

Langkah itu menonjolkan komitmen MINDEF dalam melaksanakan pendekatan WoGoS bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat.

Pendekatan tersebut memastikan setiap komuniti, tanpa mengira lokasi, mendapat akses pembangunan setara, perlindungan keselamatan yang lebih kukuh serta peningkatan kualiti hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Pahlawan Haji Mohd Nizam bin Jaffar, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; veteran ATM serta wakil agensi penguatkuasaan termasuk RELA, APM dan PDRM.

Written By Hazmin Syahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Sukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd