Penunggang motosikal, Nor Khairul Azwa Azizi, 25, yang ‘langgar’ anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson.
Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman tersebut selepas penunggang motosikal berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Tertuduh dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota berkenaan, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, daripada menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukan.
Kesalahan terbabit dilakukan pada 17 September 2023, jam lebih kurang pukul 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
Artikel lain: Anggota JPJ Dirempuh Maafkan Penunggang Motosikal, Doakan Suspek Berubah
Kes didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun. Atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.
Langgar anggota JPJ, penunggang motosikal rayu
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak mewakili peguam merayu hukuman denda minimum yang dikenakan kepadanya.
Rayuan tersebut dibuat kerana dia perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang hamil selain telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.
“Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh..
“..serta orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam. Mahkamah perlu mengambil kira kecederaan dialami anggota JPJ terbabit,”menurut laporan.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang anggota penguatkasa JPJ ‘melayang’ akibat dirempuh oleh suspek ketika cuba lari dari ‘roadblock’.
Anggota berkenaan mengalami kecederaan pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki. Namun, dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
Sumber: Harian Metro (Mohd Khidir Zakaria)