Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Menang Pertandingan Raya, Pengetua Spontan Betulkan Samping Guru Cina Di Atas Pentas

Sebuah video Tiktok yang memaparkan momen manis dan mencuit hati antara seorang guru berbangsa Cina dan pengetuanya kini mencuri perhatian di media sosial, dengan ribuan netizen meluahkan rasa tersentuh serta terhibur melihat interaksi spontan mereka di atas pentas.

Video tersebut memaparkan detik ketika guru SMK Seri Nibong Ooi Ivan, naik ke pentas bagi menerima hadiah selepas memenangi pertandingan “Raya Photo Challenge” yang dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah berkenaan.

Ketika berada di atas pentas, pengetua sekolah itu secara bersahaja tampil membetulkan samping yang dipakai oleh Ivan, yang sedikit longgar atau tersalah lilit dan aksi spontan itu disambut dengan gelak tawa para pelajar dan guru-guru lain, mewujudkan suasana penuh ceria dan harmoni.

Ramai yang menyifatkan video itu sebagai simbolik kepada keharmonian kaum dan saling menghormati budaya yang wujud di sekolah-sekolah Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai join trend, raya tahun ni paling best

Malaysia aman, rakyat saling membantu

Harmonikan budaya dan perpaduan kita

Tidak kurang juga, terdapat segelintir netizen yang menyangka guru yang berusia 27 tahun itu merupakan seorang pelajar oleh kerana beliau kelihatan sangat muda, serta tidak ketinggalan, ramai juga yang memuji pengetua, katanya seperti melihat bapak dan anak.

Muka nampak macam student

Dulu pengetua dekat sekolah tak muda macam ni pun

Macam bapak dan anak

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 1 juta tontonan dan ribuan tanda suka, serta menjadi inspirasi kepada banyak pihak yang mengagumi semangat muhibah yang ditampilkan oleh warga SMK Seri Nibong.

Walaupun hanya seketika, momen kecil di atas pentas itu membawa mesej besar tentang penerimaan budaya, perpaduan kaum dan keindahan hidup berbilang bangsa, yang masih segar dan subur di bumi Malaysia.

Sumber: Tiktok (_noorisa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Sosial

Sebuah video tular di media sosial meruntun hati ramai apabila seorang lelaki berbangsa India dilihat menggigil ketakutan sambil merayu meminta bantuan di dalam tren...

Lokal

Polis mengesahkan penyebaran maklumat serta gambar pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina yang dikongsikan oleh pihak tertentu di media sosial adalah tidak sahih....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd