Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Orang Melayu Tiada Duit Beli Barangan China..”- Pengulas AS Pertikai Lawatan Presiden Xi Jinping

Melayu Tiada Duit Beli Barangan China

“Melayu tiada duit beli barangan China.”

Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Dalam satu video dimuat naik di media sosial, O’Reilly mempertikaikan nilai ekonomi kepada China hasil lawatan tersebut, dengan mendakwa negara-negara Asia Tenggara tidak mampu menyumbang kepada pertumbuhan dagangan Beijing.

“Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit,” katanya.

“Orang Melayu Tiada Duit Beli Barangan China..”

Bekas hos Fox News itu turut mempersoalkan tujuan Xi mengunjungi rantau Asia Tenggara, dan mencadangkan bahawa Presiden China itu mungkin cuba menyeludup produk bawah nama negara lain seperti Vietnam untuk mengelak sekatan antarabangsa.

“Mungkin dia pergi ke sana untuk cuba seludup barang China bawah label Vietnam. Tapi itu akan mudah terbongkar.
“Jadi saya pun tak tahu ini tentang apa… Kalau China kehilangan pasaran AS, saya masih percaya akan ada detente (pengenduran ketegangan). Tapi sekarang semuanya dah rosak. Ia betul-betul kacau.”ujar beliau.

Beliau kemudian membandingkan kemampuan ekonomi Amerika Syarikat dengan negara-negara yang dilawati Xi:

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ takkan beli barang anda, mereka tiada duit,” ujarnya lagi.

Artikel lain: China Dilapor Berdepan Tarif 245 Peratus Susulan Tindak Balas Perdagangan

Konteks Perang Dagang AS-China

Komen O’Reilly itu dibuat dalam latar belakang perang dagang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China sejak 2018, ketika pentadbiran Donald Trump mula mengenakan tarif ke atas barangan China. Ketegangan ini memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global dan strategi eksport China.

Lawatan Xi ke rantau Asia Tenggara dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Beijing untuk memperkukuh hubungan serantau di tengah ketidaktentuan hubungan dengan Barat.

Xi Jinping Tamat Lawatan ke Malaysia

Presiden Xi menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia pada Rabu sebelum berlepas ke Kemboja pagi Khamis. Lawatan itu dibuat atas undangan rasmi Yang di-Pertuan Agong dan merupakan kunjungan kedua beliau ke Malaysia sejak tahun 2013.

Dalam lawatan kali ini, Xi disambut dalam upacara rasmi di Istana Negara dan menghadiri majlis makan malam negara bersama Sultan Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkukuh Hubungan Dua Hala

Xi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pertukaran teknologi, serta isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.

Sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian dan nota pertukaran ditandatangani antara Malaysia dan China, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala yang kini berada pada tahap perkongsian strategik menyeluruh.

Sumber: IG , Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Tingkatan Enam kini wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek....

Lokal

Polis telah membuka kertas siasatan susulan video tular membabitkan dakwaan isu murid diherdik dan dimarahi oleh gurunya baru-baru ini. Isu murid diherdik, ada guru...

Sosial

Tular di media sosial beberapa hantaran dipercayai seorang isteri yang dicerai dalam pantang oleh peniaga dikenali sebagai ‘Abang Santan’ di TikTok. Isteri dicerai dalam...

Sosial

Seorang wanita mendedahkan kecurangan bekas suaminya yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia sedang hamil, sehingga membawa kepada penceraian mereka baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd