Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masalah Kesesakan Jalan Di Cameron Highland Dijangka Selesai 2 Tahun Lagi

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah agar kerajaan negeri menaik taraf jalan di pusat bandar daerah Cameron Highland bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk.

Menurut laporan Berita Harian, baginda bertitah kerja naik taraf jalan termasuklah melebarkan jalan, membina jalan alternatif dan mewujudkan sistem jalan sehala.

Masalah kesesakan jalan di Cameron Highland

Masalah kesesakan jalan di Cameron Highland

Sehubungan dengan langkah tersebut, masalah kesesakan di jalan Cameron Highland dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi.

“Kita akan membuat jalan lencongan dan sistem jalan sehala. Selain itu, kita akan buat jalan lingkaran di Kea Farm.
“Insya-Allah, dalam masa dua tahun, masalah kesesakan jalan untuk naik ke Cameron Hinglands yang berlaku sekarang khasnya pada hujung minggu atau musim cuti akan diselesaikan,” titah baginda pada majlis menerima menghadap barisan kepemimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya, Sariha Mohd Ali yang juga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) di Shahzan House di sini, petang semalam.

Artikel lain: Demi Anak Bangsa, Bakal Guru Cekal Tamatkan Pengajian Walau Hidap Kanser Tahap Empat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerap menjadi keluhan pengunjung

Masalah kesesakan jalan raya di beberapa kawasan utama sekitar Cameron Highlands terus menjadi keluhan utama pengunjung, terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Malah, baru-baru ini pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands terpaksa menempuh detik mencabar apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih lima jam, hanya untuk menempuh perjalanan sejauh kira-kira 10 kilometer ke pusat pelancongan tanah tinggi itu.

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd