Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Manis Tanpa Gula: Biskut Serat Nanas Jadi Ikon Inovasi Tempatan

Siapa sangka hampas nanas yang selalunya dianggap buangan, sebenarnya boleh jadi ‘emas’ yang membuka rezeki. Itulah perjalanan unik Biskut Serat Nanas, ciptaan anak tempatan di bawah N&N Success Enterprise.

LPNM Pencetus Idea

Kisahnya bermula pada tahun 2017 apabila Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memperkenalkan idea biskut berasaskan serat nanas. Sambutan awal memang memberangsangkan, namun pengeluaran terhenti seketika kerana pengusaha asal berdepan masalah kesihatan.

Selepas itu, pada tahun 2021, usaha ini dihidupkan kembali bersama pengusaha Norzri Haji Mokhtar. Beliau mula membuat kajian mendalam mengenai buah nanas, dan hasilnya menemui varieti MD2 yang terkenal dengan rasa manis semula jadi tanpa perlu tambahan gula. Lebih menarikl lagi, kajian makmal oleh LPNM turut mengesahkan biskut ini berkualiti tinggi.

Rahsia di Sebalik Fiber Nanas

Kebiasaannya, hampas nanas dibuang sebaik sahaja jusnya diperah. Namun bagi Norzri, di situlah tersimpan potensi sebenar. Dengan melalui proses pengeringan dan kisaran, hampas nanas MD2 ditukar menjadi serbuk fiber nanas asli, tanpa sebarang campuran perisa tiruan, sekali gus mengekalkan khasiat serta rasa semula jadi buah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Norzri, “Perisa tiruan mungkin memberi rasa, tetapi tidak memberi nilai. Fiber nanas ini menyimpan nutrisi semula jadi yang kita mahukan.”

Dari Plaza Angsana Ke Miri, Sarawak

Perjalanan pemasaran produk ini bermula pada tahun 2022 dengan sokongan penuh LPNM. Jualan sulung di Plaza Angsana, Johor menerima sambutan yang amat luar biasa, sehingga membuka ruang untuk penyertaan di pelbagai karnival, festival dan ekspo. Malah, ketika berlangsungnya MAHA 2022, permintaan yang terlalu tinggi menyebabkan stok biskut habis licin dalam masa singkat.

Momentum itu terus membawa Biskut Serat Nanas melangkah lebih jauh. Tahun 2024, produk ini diperkenalkan di Miri, Sarawak, dan sambutannya sekali lagi di luar jangkaan. Lebih istimewa, ramai pelanggan dari Brunei turut jatuh hati dengan rasanya. Hasilnya, jualan di sana kini dijadikan acara berkala, diadakan setiap tiga bulan sekali.

Pengiktirafan & Pencapaian

Dari pentas MAHA ke Agrofest, sehinggalah ke Selangor International Business Summit dan MIHAS, nama Biskut Serat Nanas terus mencuri perhatian. Di mana saja ia dipamerkan, sambutannya tidak pernah mengecewakan. Malah, produk unik ini sering menjadi tumpuan tetamu kenamaan daripada menteri hinggalah tokoh korporat dan selebriti yang mahu mencuba sendiri keunikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari Asia Tenggara ke Timur Tengah, dari ASEAN ke Amerika Utara, Biskut Serat Nanas sudah mula menapak. Promosi di Thailand dan Indonesia membuka jalan, manakala Kanada, Jepun, China dan Arab Saudi kini menunggu giliran. Jika rundingan berjaya, produk ini bakal menjadi eksport rasmi yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Cabaran Modal & Harapan Masa Depan

Walaupun permintaan terhadap Biskut Serat Nanas semakin meningkat termasuk daripada rangkaian pasar raya dan stesen minyak, cabaran tetap wujud dari segi modal kerja kerana kebanyakan pembekal menetapkan tempoh kredit tiga bulan.

Namun, dengan sokongan berterusan daripada LPNM serta jaringan penganjuran karnival dan promosi, N&N Success Enterprise terus diberi ruang untuk berkembang.

Bagi Norzri, cabaran ini bukan alasan untuk berhenti. Bersama rangkaian lebih 80 ejen di seluruh negara, beliau yakin Biskut Serat Nanas mampu melangkah lebih jauh sebagai simbol inovasi tempatan yang menggabungkan kelestarian dan nilai komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah Biskut Serat Nanas membuktikan bahawa dengan kreativiti dan keazaman, sesuatu yang dianggap sisa mampu bertukar menjadi sumber rezeki. Dari hampas nanas yang dulu dibuang, kini ia melangkah ke pasaran antarabangsa, sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Written By admin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd