Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Permohonan Gali Semula Kubur Muhammad Amir Ditolak, Mahkamah Benarkan Inkues

Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan seorang bapa untuk menggali semula kubur anaknya, Pegawai Kadet Palapes UiTM Shah Alam, Allahyarham Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi, yang meninggal dunia tahun lalu ketika berusia 26 tahun.

Mahkamah benarkan inkues

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Roszianayati Ahmad berkata, permohonan itu tidak dipenuhi kerana punca kematian arwah telah pun dikenal pasti dengan jelas berdasarkan rawatan dan pemeriksaan doktor di Hospital Shah Alam.

mahkamah

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, doktor yang terlibat telah mengikrarkan afidavit mengesahkan bahawa arwah meninggal dunia akibat strok haba serta kegagalan beberapa organ, berpunca daripada dehidrasi teruk.

Artikel lain: Keluarga Pertikai Punca Kematian, Tuntut Kubur Kadet PALAPES UiTM Digali Semula

Arwah dibawa ke hospital pada jam 5 petang, 10 November 2024, dan disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian pada jam 2 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh rawatan, pelbagau ujian klinikal menunjukkan tanda dehidrasi kritikal yang menjejaskan organ dalaman.

mahkamah

Foto: Harian Metro

Tiada kecederaan fizikal lain ditemui pada tubuh arwah kecuali kesan kemerahan pada lutut yang tidak berkaitan dengan kematian.

Walaupun penggalian semula ditolak, Roszianayati membenarkan inkues diadakan dan mengarahkan polis membuka semula siasata bagi meneliti semua punca kematian pegawai kadet berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Sosial

Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd