Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Didakwa Cederakan Mata Kiri Untuk Tuntutan Insurans RM1 Juta

Seorang lelaki cacat penglihatan berusia 52 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seberang Perai hari ini atas tuduhan sengaja cederakan mata kiri untuk mendapatkan tuntutan insurans berjumlah RM1 juta pada Jun 2023.

Lelaki cederakan mata kiri sendiri

Mencederakan mata kiri

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh Tan Kok Guan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah cuba membuat permohonan tuntutan kemalangan insurans yang disyaki palsu dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada mata kirinya untuk mendapatkan pampasan berjumlah RM1 juta pada 8 Jun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pertuduhan kedua, penganggur yang mempunyai tiga orang anak itu didakwa memperdaya syarikat insurans untuk membuat tuntutan palsu sehingga mendorong syarikat berkenaan memasukkan wang tunai sebanyak RM4,153.57 ke dalam akaun Maybank miliknya pada 20 Julai tahun sama.

Artikel lain: Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Setuju Teliti Semula Isu Insurans Perubatan Naik 70 Peratus

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreena Zainurin, manakala tertuduh diwakili peguam Yaw Xinying.

Pihak pendakwaan telah menawarkan jaminan sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan semasa prosiding.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Xinying memohon jaminan minima dengan alasan anak guamnya sudah tidak bekerja sejak tahun lalu dan bergantung kepada pendapatan isteri untuk menyara keluarga.

“Dia turut menghidap penyakit jantung dan strok namun tetap memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula serta serahan dokumen kes.

Sumber: Kosmo! Online (Siti Nur Mas Erah Amran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd