Tular di media sosial seorang lelaki bukan Islam meluahkan rasa kesal selepas dia dikasari oleh seorang individu kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna dengan nama bingbinge656 telah memuat naik video memaparkan kejadian dia dikasari oleh seorang individu berbangsa Melayu.
Lelaki bukan Islam luah rasa kesal
Pada video yang bingbinge656 atau nama sebenarnya Elijah kongsikan, dengan jelas lelaki tersebut telah menamparnya beberapa kali sebelum anak lelaki berkenaan menenangkan bapanya.
Sementara itu, pada video berlainan lelaki itu kelihatan cuba mendekati Elijah sambil berkata tidak apa kalau dia bukan Islam namun memaksa untuk melihat kad pengenalannya.
Jelas Elijah di ruangan kapsyen, dia sedang makan di sebuah kedai serbaneka sebelum didekati oleh lelaki Melayu itu yang bertanya sama ada dia berbangsa Cina.
Lelaki bukan Islam
“Saya hanya makan secara biasa dan pak cik itu tanya saya orang Cina ke tak. Saya jawab ya sebab itu soalan biasa.
“Lepas tu dia nak saya tunjukkan IC saya walaupun kita tak boleh tunjuk IC kepada orang yang tidak dikenali,” katanya.
Tambahnya, lelaki itu kemudian bertanya sama ada dia beragama Islam atau tidak sebelum memarahinya kerana makan di tempat awal pada waktu berpuasa.
Artikel lain: “Mek Dah Tak Sakit..”- Pernah Tular Di TikTok, Nenek Esah Meninggal Dunia
“Dia lepas tu tanya kalau saya Islam atau bukan dan marah saya makan pada masa puasa walaupun saya bukan Islam dan saya tidak ada ganggu dia. Dia boleh sampai tampar saya beberapa kali pula,” luahnya.
Bagaimanapun, Elijah meluahkan kesyukuran kerana anak kepada lelaki tersebut datang dan menenangkan bapanya sebelum meminta maaf.
Ujarnya, dia menerima permohonan maaf anak itu namun tidak dapat melepaskan perkara tersebut kerana lelaki tersebut tidak menghormatinya disamping telah menyerangnya.
“Syukur anak dia memang baik dan lepas tenangkan situasi, dia minta maaf untuk pak cik tu. Tapi pak cik tu tidak menghormati saya dan tampar saya di tempat awam.
“Saya boleh terima permohonan maaf tu tapi saya tak boleh lepaskan benda ni,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut kesal terhadap lelaki Melayu itu kerana tindakannya tidak melambangkan nilai dalam Islam.
Macam ni ke nak melambangkan Islam?
Pak cik tu buat apa ka restoran kalau puasa?
Ni dah kes jenayah
Mohon buat laporan polis
Pak cik pun, kenapa nak paksa orang? Kalau betul ada kesangsian, sepatutnya panggil pihak berkuasa.
Sumber: X bingbinge656
