Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Buat Kecoh Meniarap Atas Jalan, Dipercayai Alami Tekanan Perasaan Selepas Isteri Meninggal

Lelaki Buat Kecoh

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki buat kecoh dengan meniarap di atas jalan dan memberhentikan kenderaan secara mengejut sehingga ditenangkan oleh orang awam dan pihak polis.

Memetik laporan BH Online, lelaki berkenaan dipercayai mengalami tekanan emosi berpunca daripada kehilangan isteri bertindak di luar kebiasaan hingga mencetuskan kekecohan di Jalan Parit Bilal, di sini, pada Rabu lalu.

Lelaki Buat Kecoh Meniarap Atas Jalan

Insiden yang berlaku sekitar jam 1.20 tengah hari itu menyaksikan pemandu lori berusia 40 tahun terbabit memberhentikan lori secara tiba-tiba, sebelum dilihat mundar-mandir dan meniarap di atas jalan raya.

Tindakan itu mengundang perhatian orang awam yang kemudiannya menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai mengalami kemurungan akibat tekanan perasaan yang berpanjangan.

“Dia menghadapi situasi itu kerana tekanan perasaan berlarutan akibat kehilangan isteri dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Tengah Proses Cerai Kali Ke-3, Guru Cederakan Anak Sendiri Guna Pisau Sayur

Beliau berkata, tiada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan lelaki terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi memastikan tahap kesihatannya.

Sumber: BH Online (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Lokal

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd