Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tengok Syok Berlumba, Lelaki Berang Staf Tutup Mesin Permainan – “Dia Tuduh Kami Hentam Mesin”

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta.

Lelaki berang staf tutup mesin permainan

Kejadian tersebut dikongsikan menerusi video TikTok di akaun @jiejiejiejiewmmt.

Dalam video tersebut, pelanggan itu menceritakan bahawa dia sedang menikmati permainan seperti biasa apabila salah seorang staf tiba-tiba mematikan mesin yang sedang digunakan tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Apabila ditanya sebab bertindak demikian, staf wanita berkenaan menuduh dia mengetuk atau memukul mesin dengan kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, elanggan tersebut menegaskan bahawa bunyi yang terhasil semasa bermain adalah sebahagian daripada fungsi normal permainan itu.

“Permainan ini memang menghasilkan bunyi daripada stereng, pedal, dan butang. Jadi saya nak tanya, jika bunyi itu tidak dibenarkan, macam mana kami nak main permainan ini dengan cara yang betul?” soalnya pada Rabu.

tutup mesin permainan

Dia menambah bahawa tindakan menuduh pelanggan melakukan sesuatu yang tidak benar tanpa penjelasan yang jelas adalah tidak wajar, terutamanya apabila pelanggan sudah membayar bagi menikmati permainan tersebut.

“Kami membayar untuk bermain dengan cara yang sepatutnya. Jangan menegur atau menuduh pelanggan hanya kerana perkara kecil tanpa penjelasan atau rasa hormat,” luahnya.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Pemain E-Sukan Thailand Digugurkan, Kantoi ‘Hack’ Game

tutup mesin permainan

Sementara itu, dia turut menyuarakan mesej tegas kepada pihak pengurusan agar menilai semula dasar pengendalian dan memastikan pelanggan diberi layanan yang sopan dan adil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika pelanggan tidak dibenarkan bermain mesin mengikut cara ia direka, mungkin anda patut fikir semula tentang membuka arked permainan ini untuk orang ramai,” ujarnya.

Bagaimanapun setakat ini, pihak pengurusan arked permainan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Sumber: TikTok @jiejiejiejiewmmt

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd