Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lantang Bersuara Depan Biden, Anwar Ibrahim Minta Hentikan Kekejaman Di Gaza

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya hentikan kekejaman di Gaza ketika sesi pemukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden AS Joe Biden, dengan dihadiri oleh semua wakil daripada 20 Ekonomi APEC yang lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di laman Facebooknya, beliau tegaskan betapa pentingnya untuk semua negara bersatu pada saat ini untuk melakukan genjatan senjata di Semenanjung Gaza.

Ujarnya lagi, sebelum ini negara lain sudah bersuara untuk mengutuk pencerobohan di Ukraine namun ada yang masih berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin.

Hentikan kekejaman di Gaza

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/semasa-mesyuarat-pemimpin-ekonomi-apec/721811746509401/

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nurul Ain Tak Larikan Diri, Pulang Ke Malaysia Untuk Tambah Bantuan Ke Gaza

“Dengan jelas (saya katakan), betapa indahnya jika kita tetap teguh dalam mempertahankan keadilan untuk nyawa-nyawa (rakyat Palestin) yang terkorban.
“Setiap hari yang berlalu bermakna lebih banyak bayi akan dibunuh dan kemudian (Israel) akan mengejar penyelesaian akhir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan penting bagi APEC sebagai komuniti antarabangsa ‘menyembuhkan’ dan mengelak masalah tersebut daripada terus berlaku.

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd