Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Pastikan Projek Sakit PR1MA Dan PPAM Siap Sebelum Hujung Tahun 2024

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan ke projek pembangunan swasta sakit di Kuantan, Pahang hari ini.

Projek pembangunan swasta sakit ini berada di bawah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Taman 1-Icon dan di bawah pemajuan PR1MA Corporation Malaysia, PR1MA @ D’ Marina.

Foto: Berita Harian

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bagi memantau status terkini projek pembangunan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Taman 1-Icon, projek PPAM yang terletak di Kuala Kuantan, Kuantan dimajukan oleh pemaju swasta Evocon Properties Sdn. Bhd.

Artikel lain: Perangi Kemiskinan, KPKT Berjaya Lahirkan 16,294 Usahawan Komuniti Bandar

Pemajuan ini melibatkan pembinaan sebanyak 75 unit rumah teres 2 tingkat dan telah mencapai kemajuan sebanyak 94 peratus secara keseluruhan.

Walaupun projek ini dimulakan pada tahun 202o namun masih belum memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance, CCC) yang penuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKT pastikan projek sakit PR1MA dan PPAM siap

Foto: MalaysiaGazette

Perjanjian pertama telah ditandatangani pada 28 Disember 2020 dan sepatutnya siap pada 28 Mei lalu namun masih ada baki kerja yang belum selesai bagi projek ini.

Walaupun kerja-kerja pembangunan telah siap sepenuhnya namun masih ada beberapa kerja-kerja infrastruktur yang perlu diselesaikan yang melibatkan sistem pembentungan dan kerja-kerja jalan.

Manakala, projek PR1Ma @ D’ Marina pula merupakan projek sakit yang terdiri daripada 523 unit rumah teres dan sehingga kini 98% telah terjual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Projek ini dilengkapi dengan fasiliti seperti surau dan taman permainan dan menurut kontraktor lantikan PR1Ma, Sinergi Dayang Sdn Bhd menyatakan status siap projek ini adalah sebanyak 99 peratus.

Pada masa yang sama, kerja-kerja rektifikasi unit rumah kini sedang giat dijalankan dan dijangka akan menerima CCC daripada majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada akhir November ini.

Selain itu, bagi meredakan keresahan pembeli, PR1MA telah membuat pembayaran awal sebahagian Liquidated Ascertainde Damages (LAD) bernilai RM300,000 kepada 64 orang pembeli.

Pihak PR1MA mengambil tindakan itu bagi mengurangkan bebanan kewangan kepada pembeli disebabkan kelewatan penyiapan projek itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Task Force bagi projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) dengan kerjasama PR1MA dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain akan meneruskan usaha ini.

Foto: MalaysiaGazette

“Ini untuk memastikan projek-projek perumahan swasta sakit dapat kembali lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang dirancang.
“Selain itu, PR1MA telah memberikan komitmen untuk menyelesaikan kesemua baki 13 projek sakit PR1MA di seluruh negara sebelum penghujung 2024,” kata Akmal.

KPKT terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemudah cara antara agensi Kerajaan dan pemaju perumahan swasta.

Dalam pada itu, tindakan ini adalah untuk menyediakan kediaman yang berkualiti dalam memacu pembangunan serta menjayakan agenda utama KPKT.

Pada masa yang sama, penyiapan projek ini adalah untuk kesejahteraan para pembeli rumah yang terjejas selaras dengan prinsip-prinsip Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd