Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kim Ryeowook SUPER JUNIOR Mahu Akhiri Zaman Bujang, Umum Bakal Kahwini Kekasih Hati

Ahli Super Junior, Kim Ryeowook baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin dengan teman wanita, Ari yang merupakan bekas ahli kumpulan TAHITI, hari ini menerusi surat tulisan tangan yang didedikasikan untuk peminatnya.

Ryeowook berkata, berita yang ingin dia sampaikan secara peribadi kepada peminatnya, E.L.F yang sentiasa menghiburkan dia dengan kasih sayang sepenuh hati.

“Saya pertama kali bertemu dengan E.L.Fs pada 6 November 2005, sewaktu usia 19 tahun, dan kini saya berada di tahun ke-20 dalam kerjaya saya,  pada usia 38 tahun.
“Saya percaya bahawa persahabatan kita menjadi lebih kuat dan lebih kukuh kerana kita menghabiskan masa gembira dan sedih bersama-sama,  itulah sebabnya saya ingin memberitahu anda berita ini terlebih dahulu, tetapi pada masa yang sama, saya berasa gementar,” tulisnya menerusi surat tersebut.

Penyanyi lagu Sorry Sorry itu bagaimanapun memberitahu bahawa kini dia sedang menghabiskan masa dengan seseorang, dan secara semula jadi mula merasakan bahawa ingin membentuk sebuah keluarga.

Foto: Soompi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ia sama sekali bukan keputusan yang tiba-tiba, dan selepas banyak berfikir dan berbincang dengan syarikat dan ahli kumpulan, Ryeowook telah memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada musim bunga ini, pada akhir Mei.

“Saya sentiasa berterima kasih kepada E.L.F yang menyokong saya walaupun atas kekurangan dan ketidaksempurnaan saya, akan tetapi saya berasa menyesal apabila memikirkan bagaimana sesetengah daripada anda mungkin terkejut dengan berita ini.
“Namun, itu tidak akan mengubah apa-apa kerana saya masih Ryeowook Super Junior yang bernyanyi untuk semua orang yang ingin mendengar nyanyian saya, di atas pentas bersama ahli saya yang lain,” tulisnya lagi.

Walau bagaimanapun, Ryeowook turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulannya serta kakitangan SM Entertainment kerana sentiada menyokong dalam setiap keputusan yang diambilnya.

Ryeowook turut meninggalkan pesanan kepada peminatnya supaya berhati-hati agar tidak kesejukan memandangkan negara Korea Selatan sedang mengalami musim sejuk.

Sumber: Twitter @ryeongkkuru

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Sosial

Kebahagiaan menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti bertukar duka apabila seorang wanita, Nuraderrah Hasnul Hafidzan, 31, meninggal dunia tidak lama selepas bayinya pergi terlebih...

Lokal

Tidak serik dengan kesalahan lampau, seorang penjual pakaian sekali lagi berdepan tindakan undang-undang apabila Mahkamah Sesyen di Sepang, Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda...

Lokal

Seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd