Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Myvi Dikepung: Sembilan Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Polis menahan seramai sembilan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan penunggang motosikal bertindak ganas mengepung serta merosakkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13, di sini pada Ahad lalu.

Myvi dikepung 20 penunggang motosikal

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 21 tahun itu diberkas di sekitar Puchong dan Shah Alam.

myvi

“Tiga buah motosikal turut dirampas. Semua individu terbabit akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman,” katanya.

Artikel lain: Tular Video Myvi Dikelilingi Sekumpulan Penunggang Motosikal, Polis Buat Siasatan

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang memburu 20 penunggang motosikal yang dipercayai terlibat dalam insiden Myvi dikepug.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta terbabit, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, melalui detik mencemaskan apabila dikepung kumpulan berkenaan.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial turut menunjukkan kereta mangsa dikelilingi kumpulan motosikal di kedua-dua sisi dan bahagian hadapan, seolah-olah cuba menghalang laluan.

myvi

Lebih mencemaskan, seorang penunggang dilihat menumbuk cermin pemandu dan menendang pintu sebelah sama, memaksa mangsa memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa esok. Pelantikan itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd