Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerjaya Kedua Perwira: 27 veteran ATM terima dana padanan iTEKAD RM200,000

Seramai 27 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima dana padanan iTEKAD berjumlah RM200,000 menerusi inisiatif Kerjaya Kedua Perwira, sebagai usaha memperkasa keusahawanan dan menjana pendapatan berterusan dalam kalangan bekas anggota tentera.

Inisiatif Kerjaya Kedua Perwira

Pelan Transformasi PERHEBAT 2026–2035 yang dilancarkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bertujuan membangunkan bakal pesara dan veteran ATM sebagai penggerak ekonomi serta tenaga kerja berkualiti tinggi, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 dan Ke-14 serta kerangka Ekonomi MADANI.

Dalam satu kenyataan, PERHEBAT berkata, program Kerjaya Kedua Perwira menghubungkan agensi awam dan sektor swasta untuk menyediakan peluang latihan industri berkualiti dan kerjaya bernilai tinggi kepada veteran serta bakal pesara ATM, selain membantu mereka meningkatkan pengurusan kewangan dan keupayaan perniagaan.

Kerjaya Kedua Perwira

Majlis penyerahan replika cek bagi dana padanan tersebut berlangsung  dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Isnin lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Replika cek diserahkan oleh Ketua Eksekutif BSN, Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah kepada Pengarah PERHEBAT Negeri Perak, Leftenan Azri Baharum TLDM (Bersara), mewakili Ketua Pengarah PERHEBAT, Datuk Amir Md. Noor.

Artikel lain: MINDEF & PERHEBAT Lonjak Keusahawanan Veteran Tentera, Beri Geran SPKLB Lebih RM1.1 Juta

Kerjaya Kedua Perwira

Program tersebut turut mendapat kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memberikan bimbingan serta sokongan pengurusan kewangan kepada peserta.

Sebelum ini, PERHEBAT turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga institusi perbankan iaitu Affin Islamic Bank, Bank Muamalat Malaysia dan BSN, menyediakan pelbagai inisiatif iTEKAD termasuk dana zakat, pembiayaan mikro, latihan pengurusan perniagaan, ekonomi digital serta pemasaran dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd