Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Sah Projek KB Sentral ‘Jalan’ Tahun Ini, Kontraktor Dilantik Seawal Mac

Kerajaan Kelantan mengesahkan kerja-kerja pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Tunjong akan bermula tahun ini, dengan pelantikan kontraktor dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya Mac.

kerajaan kelantan

Kerajaan Kelantan telah senarai pendekkan kontraktor

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin menyatakan kerajaan negeri telah menyenarai enam kontraktor sebelum proses penyenaraian pendek dan pemilihan muktamad dibuat bagi memastikan kelancaran projek berkenaan.

“Buat masa ini kerja-kerja penstabilan dan rawatan tanah sedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Check Construction menelan belanja berjumlah RM14 juta.
“Check Construction merupakan anak syarikat kepada China Communications Construction Co Ltd (CCCC) yang terlibat dalam pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Check Construction akan mula kerja-kerja rawat dan penstabilan tanah pada Selasa ini. Ia melibatkan kerja-kerja korek tanah sedalam dua meter dan timbus balik dengan jumlah sama.
“Sebanyak dua meter lagi tanah akan ditambak sebagai pemberat sebelum proses pemampatan dijalankan menggunakan teknologi Prefabricated Vertical Drain (PVD) bagi mengatasi masalah tanah lembut serta kandungan air yang tinggi di tapak projek,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak pembinaan KB Sentral hari ini.

Kerajaan Kelantan yakin proses akan siap sekitar enam bulan

Menurut Dr Izani, keseluruhan proses rawatan dan penstabilan tanah dijangka selesai selewat-lewatnya Disember ini, namun kerja-kerja menambak tanah boleh disiapkan dalam tempoh enam bulan sahaja.

Beliau berkata, kontraktor yang bakal dilantik perlu bukan sahaja kompeten malah mempunyai sumber kewangan kukuh bagi memastikan pembinaan projek KB Sentral dapat disiapkan mengikut perancangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa boleh saya kata, kita berada di landasan terbaik untuk menyiapkan pembinaan projek ini,” ujarnya.

Artikel lain: Projek KB Sentral: Kerajaan Kelantan Beri Kata Dua Kepada Perak Transit

Sebelum ini, dilaporkan projek KB Sentral bernilai RM64 juta di Mukim Pendek akan dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di atas keluasan 2.02 hektar dan disasarkan siap pada 2026.

Sumber: Utusan Malaysia (Yatimin Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd