Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kehebatan ‘Skill’ Mendarat Kecemasan Juruterbang MAS Jadi Tumpuan Seluruh Dunia

Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) mendapat pujian ramai seluruh dunia apabila menunjukkan ‘skill’ mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London baru-baru ini.

Kecekapan dan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai.

Foto: YouTube Big Jet

Pujian itu diterima daripada masyarakat dunia menerusi video dimuat naik di laman YouTube Big Jet pada 8 Disember lalu kelihatan juruterbang pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 berjaya melakukan pendaratan dengan selamat meskipun terpaksa bergelut dalam gelora udara yang disebabkan oleh angin lintang dari Storm Darragh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih membanggakan, juruterbang yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang semasa mendarat di lapangan terbang terkenal itu.

Kemahiran juruterbang pesawat penumpang Malaysia Airlines yang ditonjolkannya itu dipanggil sebagai teknik pendaratan ‘crabbing’.

Foto: YouTube Big Jet

Meneliti video dramatik yang tular tersebut, juruterbang dilihat menggunakan teknik ‘crabbing’ bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teknik crabbing ialah apabila sebuah pesawat diarahkan ke satu arah tetapi bergerak ke arah yang lain sebagai salah satu cara untuk membetulkan keadaan angin melintang semasa pendaratan.

Ia menggunakan pedal ekor dan ‘aileron’ untuk membengkokkan hidung pesawat ke arah angin sambil memastikan sayap kekal rata.

Foto: YouTube Big Jet

Rata-rata warganet seluruh dunia memuji kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh juruterbang pesawat dari Malaysia berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, kejadian itu bukan kali pertama membabitkan juruterbang MAS, malah sebelum ini beberapa klip video telah tersebar menunjukkan kemahiran juruterbang Malaysia dalam mengendalikan pesawat besar dalam keadaan angin kencang di beberapa lapangan terbang yang pernah tular.

Sumber: YouTube Big Jet

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd