Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jangan Beri Komen Melampau Isu Agama, Kaum – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati serta tidak memberikan komen melampau yang menyentuh isu sensitif berkaitan agama dan kaum dalam media sosial.

Berkaitan isu agama dan kaum

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata rakyat Malaysia seharusnya bersikap matang, dan tidak menggunakan platform media sosial untuk mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian negara.

“Masyarakat dinasihatkan supaya merujuk kepada sumber sahih dan dokumen rasmi sebelum membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan salah faham.
“Kita mahu suasana aman dan tenteram ini diteruskan, terutamanya dalam kita menghampiri musim perayaan,” katanya.
isu agama

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada Isnin.

Artikel lain: Langgar Motosikal: Tiada Unsur Gangsterisme Atau Perkauman – Polis

Mohd Khalid mengulas mengenai kecaman dalam media sosial selepas tindakan seorang penuntut universiti awam memuat naik hantaran menghina dan mencemarkan al-Quran pada platform Threads baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
isu agama

Foto: Bernama

Terdahulu, beliau mengesahkan pelajar berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan di Pahang, pagi ini.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, Peguam Negara (AG) telah memberikan keizinan untuk menuduh suspek selepas penelitian mendapati bukti mencukupi bagi memulakan prosiding undang-undang.

Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam dalam media sosial, dengan sebanyak 62 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa penganjuran tiga kejohanan utama melibatkan sukan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan pada musim ini terpaksa dibatalkan....

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd