Bekas isteri kepada bekas pemain bola sepak Indonesia Kurnia Meiga iaitu Azhiera Adzka Fathir mendedahkan bekas suaminya itu seringkali berlaku curang ketika mereka masih bersama.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @ekosnganjuk telah memuat naik satu video podcast Azhiera mendedahkan bekas suaminya itu lebih mendahulukan kekasih gelap berbanding isteri sendiri.
@ekosnganjuk Klarifikasi Sang Mantan Istri Kurnia Meiga #KurniaMeiga #TimnasIndonesia #KiperTimnas #KDRT #DennySumargo #FYP #Untukmu
“Pada awal perkahwinan kami, saya diberikan tiket ke perlawanan bola suami saya tapi saya diberikan tiket kerusi biasa.
“Saya rasa hairan kenapa isteri pemain lain duduk di kerusi VVIP. Rupa-rupanya tiket VVIP tu dia berikan kepada perempuan itu.
“Dan saya hanya tahu perkara ini selepas dua tahun,” katanya.
Isteri dedah dapat tiket biasa
Pada masa yang sama, Azhiera juga berkata bahawa suaminya itu selalu melakukan kekerasan fizikal bukan sahaja kepada dirinya namun juga terhadap anak mereka.
“Anak kedua saya sampai tak nak tengok tali pinggang sebab pernah dipukul menggunakan tali pinggang.
“Jadi kalau dia nampak orang pakai tali pinggang, dia suruh orang buang. Dia tak nak nampak tali pinggang.
“Jadi di rumah tak ada yang pakai tali pinggang,” luahnya.
Dalam pada itu, Azhiera yang juga merupakan bekas model berkata ketika Kurnia ketagihan minuman keras, dia berdoa agar suaminya itu sembuh.
Artikel lain: Tersekat Hampir 2 Jam Dalam Lif, Pempengaruh Kesal Dakwa ‘Guard’ Tak Ambil Kisah
“Semasa dia sakit, saya jaga dia tapi saya rasa bersalah sebab setiap kali dia mabuk saya berdoa kepada tuhan supaya dia berhenti minum.
“Saya rasa bersalah semasa dia sakit sebab mungkin doa saya memohon supaya dia berhenti mabuk,” katanya.
Suami beri kerusi VVIP kepada ‘skandal’, isteri dapat tiket biasa
Disamping itu, Azhiera juga mendedahkan punca sebenar penyakit bekas suaminya itu bukanlah disebabkan sihir seperti yang Kurnia gembar gemburkan namun kerana ketagihannya terhadap minuman keras.
“Doktor dah cakap dia sakit itu sebab ketagihan alkohol tapi dia bagitahu ke media dia sakit kerana disihir,” ujarnya.
Terdahulu, tular berita Kurnia yang juga bekas penjaga gol Indonesia itu terpaksa menjual kerepek bagi menyara kehidupannya selepas menjadi buta.
Azhiera yang dituduh meninggalkan Kurnia selepas kesihatan merosot akhirnya tampil bersuara dan mendedahkan semua kegiatan bekas suaminya itu.
Sumber: TikTok @ekosnganjuk & @panggilsaja_aci