Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

India Henti Aliran Air Sungai Indus Ke Pakistan, Empat Projek Hidroelektrik Sedang Dibangunkan

India dilapor bertindak menghentikan aliran air dari Empangan Baglihar di Sungai Chenab ke Pakistan, dan kini sedang merancang untuk mengurangkan aliran dari Projek Kishanganga di Sungai Jhelum, sebagai sebahagian daripada pendirian tegasnya untuk tidak membenarkan walau setitis air dari sistem Sungai Indus mengalir ke negara jirannya itu.

Menurut laporan Hindustan Times, selepas beberapa hari ujian hidrologi dan perbincangan, India telah memulakan kerja-kerja penyahkelodan enapan (de-silting) di Empangan Baglihar dengan menurunkan pintu air, sekali gus mengurangkan sehingga 90 peratus aliran air ke hilir Pakistan.

Seorang pegawai daripada Perbadanan Kuasa Hidroelektrik Nasional (NHPC) berkata, proses ini dimulakan pada hari Sabtu lalu.

Foto: Hindustan Times

“Kami menutup pintu Empangan Janakuasa Hidro Baglihar. Kami melakukan kerja-kerja penyahkelodan takungan dan ia perlu diisi semula. Proses itu dimulakan pada Sabtu,” kata seorang lagi pegawai yang enggan dikenali.

Langkah drastik India ini dibuat hanya beberapa jam selepas Pakistan menjalankan ujian peluru berpandu balistik permukaan-ke-permukaan dan mengharamkan kapal-kapal yang berdaftar di bawah bendera Pakistan daripada berlabuh di semua pelabuhan India.

Projek Empangan Kishanganga, yang merupakan loji hidroelektrik mega pertama di barat laut Himalaya dalam lembah Gurez, juga dijadual menjalani penyelenggaraan besar-besaran dalam masa terdekat dan dalam tempoh itu, aliran air ke hilir akan dihentikan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pakistan sebelum ini telah menyuarakan bantahan terhadap reka bentuk kedua-dua empangan tersebut.

India turut menggantung Perjanjian Air Indus (IWT) yang telah berusia lebih 60 tahun, sehari selepas serangan pengganas pada 22 April lalu di Pahalgam, Kashmir, yang mengorbankan puluhan pelancong.

Foto: India Today

Keputusan ini dilihat memperburuk ketegangan hubungan antara kedua-dua negara yang sedia tegang akibat pertikaian berpanjangan.

Seorang pegawai kanan Pakistan menyatakan bahawa negaranya sedang mencari alternatif bagi memastikan air sungai dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, Kementerian Jal Shakti India telah mengemukakan rancangan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi meningkatkan bekalan air ke negeri-negeri utara melalui sistem sungai Indus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sudah bersedia dengan langkah hukuman yang tegas terhadap Pakistan dan hampir 50 jurutera daripada NHPC kini berada di Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir untuk memantau operasi,” kata pegawai pertama.

India turut mempercepatkan pembangunan empat projek hidroelektrik utama di Sungai Chenab dan anak sungainya di wilayah Jammu dan Kashmir dan projek-projek ini dijangka mula beroperasi seawal tahun 2027 atau 2028.

Empat projek berkenaan iaitu Pakal Dul (1,000 MW), Kiru (624 MW), Kwar (540 MW), dan Ratle (850 MW)  sedang dilaksanakan oleh Chenab Valley Power Projects Pvt. Ltd. (CVPPL), iaitu usaha sama antara NHPC Limited dan Jammu & Kashmir State Power Development Corporation (JKSPDC).

Untuk rekod, Perdana Menteri Narendra Modi telah meletakkan batu asas bagi ketiga-tiga projek utama ini pada tarikh-tarikh berikut: Pakal Dul pada 19 Mei 2018, Kiru pada 3 Februari 2019, dan Kwar pada 22 April 2022.

Sumber: Hindustan Times (Ravi Krishnan Khajuria & Zia Haq), Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd