Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menerima kunjungan tetamu istimewa itu pada petang semalam.
Imam Masjid Al-Aqsa
“Dalam pertemuan ini, kami senada dan sepakat akan kepentingan Masjidil Aqsa dan masa depan Al-Quds, sambil saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjidil Aqsa.
“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.
Artikel lain: Trump Didakwa Ugut Pemimpin Baharu Venezuela Selepas Maduro Dipenjarakan
Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim







































